Poetic Ammo | |
---|---|
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Rap, hip hop |
Tahun aktif | 1996–2004 |
Syarikat rakaman | Positive Tone |
Pengkarya berkait | Sheila Majid, Ferhad, Reefa, Lady D, Innuendo |
Bekas ahli | Yogi B Landslyde C. Loco Point Blanc |
Poetic Ammo (juga dikenali sebagai PMO atau Poetic Ammunition) ialah kumpulan hip hop Malaysia. Ditubuhkan pada 1996, ia dianggotai oleh Yogeswaran Veerasingam (Yogi B), Nicholas Ong Chong Quan (Point Blanc), dan dua beradik Chandrakumar Balakrishnan (Landslyde) dan Sashi Kumar Balakrishnan (C. Loco). Biarpun kebanyakan lagu nyanyian kumpulan ini dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, mereka juga merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Tamil, dan Kantonis.[1][2][3][4]
Kumpulan ini diasaskan oleh Yogeswaran Veerasingam (Yogi B) pada 1993.[5] Ia pada asalnya dikenali sebagai Poetic Ammunition atau PMO, dengan ahli asalnya ialah Yogi B sendiri dan Anantha Kumar Sothilingam (MC ENA).[5] PMO melancarkan single dengan dua lagu di bawah Kenny Music (Kenny, Remy & Martin), "Run" dan "Only You", dikeluarkan di bawah Positive Tone.[6][7]
Anand kemudian meninggalkan PMO dan Yogi B mula mengadakan pencarian uji bakat bagi mencari ahli baru. Bermula dari situlah pasangan adik-beradik Chandrakumar Balakrishnan (Landslyde) dan Sashikumar Balakrishnan (C. Loco) bersama-sama Nicholas Ong Chong Quan (Point Blanc) dari Ipoh turut serta bersamanya. Mereka akhirnya dikenali sebagai Poetic Ammo. Album sulung mereka, It's a Nice Day to Be Alive dikeluarkan pada Februari 1998 dengan lagu "Everything Changes" dikeluarkan sebagai single pertama.[8][9][10] Album ini melayakkan Poetic Ammo memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6,[11] manakala muzik video untuk "Everything Changes" memenangi MTV Video Music Awards Southeast Asia Viewer's Choice Award.[12]
Pada 5 April 1998, Poetic Ammo bersama-sama dengan Innuendo dijemput untuk membuat persembahan di Hippodrome, Leicester Square, London.[13][14]
Pada tahun yang sama, mereka muncul dalam album kompilasi Tricks & Tales yang mana kumpulan ini menyumbangkan lagu bertajuk "Who Be The Player". Artis-artis lain yang turut menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi itu ialah Naughtius Maximus, Innuendo, Reefa dan Emberz of Soul. Pada Disember 1999, Poetic Ammo menandatangani kontrak bersama Coca-Cola Far East Limited (CCFEL) untuk kontrak awal berbilang tahun bermula pada 2000.[15][16][17]
Album kedua Poetic Ammo, The World Is Yours, dikeluarkan pada Julai 2000. Menerusi album ini, mereka bekerjasama dengan ramai artis jemputan termasuk Ferhad, Adibah Noor dan Sheila Majid.[18][19] "Who Be The Player" yang sebelum ini dimuatkan dalam album kompilasi Tricks & Tales turut dimuatkan dalam album ini, yang merupakan album terakhir Poetic Ammo bersama Landslyde dan C. Loco.[20][21]
Adik-beradik Landslyde dan C. Loco bagaimanapun, meninggalkan Poetic Ammo pada pertengahan 2001, meninggalkan Yogi B dan Point Planc yang meneruskan perjuangan sebagai duo.[22][23] Landslyde kemudian menubuhkan Dragon Red yang mengetengahkan muzik rap rock, manakala C. Loco meneruskan kerjaya solo. Kumpulan ini kemudian mengambil keputusan untuk berehat bagi memberi tumpuan kepada rakaman album baru.[24][25]
Pada Februari 2003, Poetic Ammo melancarkan album ketiga (dan terakhir) mereka, Return of Tha' Boombox. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Asian Stylez" dan "Monay Monay".[26][27] Pada tahun 2004, mereka melancarkan album kompilasi pertama, The Best of Poetic Ammo.[28]
Terdapat perbincangan mengenai kumpulan itu bersatu semula sejak awal tahun 2007, walaupun tiada pengesahan atau penafian rasmi mengenai perkara ini telah dikeluarkan oleh mana-mana ahli.[3]
Pada penghujung 2009, Landslyde telah ditemubual bersama kumpulannya Dragon Red, di Hitz.FM MET 10, yang mana beliau menjelaskan sebab pembubaran kumpulan itu. Pada tahun itu, Sashi C. Loco ditemubual dalam rancangan yang sama, dan menyebut bahawa beliau berminat dengan idea perjumpaan semula sekiranya perkara di kalangan ahli diselesaikan. Walau bagaimanapun, tiada perancangan untuk Poetic Ammo dibentuk semula.[3]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
It's a Nice Day to Be Alive |
|
The World Is Yours |
|
Return of Tha' Boombox |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Tricks & Tales |
|
The Best of Poetic Ammo |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Everything Changes" | 1997 |
"Kuala Lumpur" | 1998 |
"Peluru Puitis" | |
"Who Be The Player" | 2000 |
"Tiada Tandingan" | |
"Somebody's Watching" | |
"Asian Stylez" | 2003 |
"Monay Monay" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1999 | Anugerah Industri Muzik ke-6 | Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik | Poetic Ammo | Menang |
2001 | Anugerah Era 2001 | Artis Inggeris Tempatan Pilihan | Tercalon |