Port Dickson
Podeksen Tanjung Kemuning | |
---|---|
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | ڤورت ديكسن |
Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat | |
Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Port Dickson |
Luak | Sungai Ujong |
Ditubuhkan | 10 Jun 1889 |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson | Tuan Hasnor bin Abdul Hamid |
• Ahli Parlimen Port Dickson | Dato Seri Aminuddin Harun |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 115,631 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman sesawang | Majlis Perbandaran Port Dickson |
Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.
Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).
Bersama-sama dengan Nilai dan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, iaitu sebuah kawasan pembangunan ekonomi yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan.
Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di sebuah tanjung kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan tanjung tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.
Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang Britishit.
Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang Britishit mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.
Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39 km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.[1]
Mukim-mukim di Port Dickson merangkumi Jimah, Si Rusa, Teluk Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.
Ia terletak 32 km dari Seremban dan 90 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29), dan hanya tiga jam setengah dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan, pelancong dari Negeri Sembilan sendiri, warga Lembah Klang bahkan juga dari Singapura lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang dan pantai-pantai sekitarnya. Harga tol adalah RM2.62 bagi kenderaan ringan.[perlu rujukan]
Port Dickson terkenal kerana adanya jajaran pantai yang panjang dan indah sejauh 18 km dari Tanjung Gemuk di utara hingga ke Pasir Panjang di selatan. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat. Salah satunya ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak antara Batu 7 dan Batu 8.
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya termasuklah:
Kawasan di dalam daerah Port Dickson ditadbir oleh Majlis Perbandaran Tanjung Kemuning (MPPD).