![]() | |||||||
| |||||||
Ditubuhkan | - (tiada data yang tersedia) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 29 Julai 2019 | ||||||
Operasi ditamatkan | 2020 (bergabung semula ke Penerbangan DiRaja Brunei) | ||||||
Hab | |||||||
Pesawat | 2 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 7 (jumlah keseluruhan destinasi) 0 (sejak tahun 2020) | ||||||
Syarikat induk | Royal Brunei Airlines | ||||||
Ibu pejabat | ![]() | ||||||
Laman web | www |
RB Link adalah jenama syarikat penerbangan yang berasingan yang dimiliki oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines di bawah perkongsian bersama dengan Syarikat Penerbangan Malindo Air . Royal Brunei Airlines menggunakan jenama ini untuk mengendalikan penerbangan serantau di sekitar Borneo, terutama ke bandar-bandar di Malaysia dan Indonesia . Ia menggunakan kod IATA, Kod ICAO, dan Nama Panggilan yang sama dengan Royal Brunei Airlines dengan pangkalannya juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei . Semua pesawat, penyelenggaraan, insurans dan kakitangannya akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air namun perkhidmatan dan kemudahan di atas kapal akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines . Kakitangan juga akan dilatih mengikut standard perkhidmatan Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines . [1] [2]
RB Link memulakan penerbangan pertamanya pada Tarikh 29 Julai 2019 ke Kota Kinabalu . Ia akan bermula dengan dua pesawat ATR 72-600 baharu, yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air, untuk memulakan perkhidmatan.
Pada Mac 2020, syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa ia akan menggantung operasinya buat sementara waktu berikutan Pandemik COVID-19, sekatan sempadan dan permintaan perjalanan yang merosot dan akibatnya RB Link digabungkan kembali ke Penerbangan DiRaja Brunei.[3]
1. www
2. flyroyalbrunei
3. www
Sehingga Jun 2020, RB Link beroperasi ke 6 destinasi: [4][5][6]
dan sejak tahun 2020, kesemua destinasi telah ditamatkan:
Negara | Bandar | Lapangan terbang | Kod IATA | Kod ICAO | Catatan | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Bandar Seri Begawan | Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei | BWN | WBSB | Bekas Hab utama RB Link | |
![]() |
Bintulu | Lapangan Terbang Bintulu | BTU | WBGB | Dihentikan | [7] |
Kota Kinabalu | Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu | BKI | WBKK | [8] | ||
Kuching | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching | KCH | WBGG | |||
Sandakan | Lapangan Terbang Sandakan | SDK | WBKS | [9] | ||
Sibu | Lapangan Terbang Sibu | SBW | WBGS | |||
Tawau | Lapangan Terbang Tawau | TWU | WBKW | [10] |
RB Link terbang ke destinasi berikut setakat 2020-2021, dan kesemua destinasi sudah ditamatkan pada tahun 2020.
Hab utama dan Hab sekunder |
Negara | Negeri / Wilayah Persekutuan / Wilayah / Daerah / Kawasan | Bandar | Kod IATA | Kod ICAO | Lapangan Terbang | Nota | Rujukan dan Penanda |
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Daerah Brunei-Muara | Bandar Seri Begawan | BWN | WBSB | Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei | Penumpang | Bekas Hab utama RB Link |
![]() |
![]() |
Kota Kinabalu | BKI | WBKK | Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu | Penumpang | [11] |
![]() |
Kuching | KCH | WBGG | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching | Penumpang | [12] | |
![]() |
Sandakan | SDK | WBKS | Lapangan Terbang Sandakan | Penumpang | [13] | |
![]() |
Sibu | SBW | WBGS | Lapangan Terbang Sibu | Penumpang | [14] | |
![]() |
Tawau | TWU | WBKW | Lapangan Terbang Tawau | Penumpang | [15] |
Pada bulan Julai Tahun 2019, armada RB Link terdiri dari pesawat siri ATR berikut. Semua pesawatnya dimiliki, dan dikendalikan oleh Malindo Air.
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Penumpang | Nota |
---|---|---|---|
ATR 72-600 | 2 | 72 | Di operasikan oleh Malindo Air |
Total | 2 |