Rebecca Loos

Rebecca Loos
Rebecca Loos pada tahun 2006
Kelahiran
Rebecca Loos Bartholdi

(1977-06-19) 19 Jun 1977 (umur 47)
Madrid, Sepanyol
KerakyatanBelanda
Pekerjaan
  • Jurulatih yoga
  • Tukang pijat
  • Pembantu suri rumah
  • Pempengaruh
  • Pelakon TV show
TelevisyenCelebrity Love Island
The Farm
Extreme Celebrity Detox
Temptation Island
The X Factor: Battle of the Stars
PasanganSven Christjar Skai (k. 2012)
Anak-anak2
SaudaraPiers Morgan (saudara satu buyut/sepupu daripada sepupu)
Laman web rasmirebeccaloos.com

Rebecca Loos (lahir 19 Jun 1977) ialah bekas model glamor dan personaliti media asal Belanda. Dia menjadi tular saat media memberi dakwaan bahawa dia telah berbuat kurang pantas dengan pemain bola sepak Inggeris yang sudah memiliki isteri, David Beckham semasa itu, Loos bekerja sebagai pembantu peribadi Beckham. Dakwaan itu menyebabkan Loos muncul di beberapa siri televisyen realiti, sampul depan majalah, dan dalam media lain untuk beberapa tahun selepas itu.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Loos lahir dan membesar di Madrid, Sepanyol. Saat dewasa, dia lebih memilih kewarganegaraan Belanda.[2] Ayahnya Leonard Loos Bartholdi, ialah seorang diplomat Belanda dan ibunya, Elizabeth Loos berasal dari Surrey, England. Piers Morgan masih keponakan daripada Elizabeth.[3] Loos menyertai pendidikan di Kolej Runnymede College di Madrid.[4][5]

Selepas menamatkan pendidikannya, Loos bertemu dengan David Beckham pada tahun 2003 semasa dia mula menyertai Real Madrid bulan Julai 2003. Dia membersihkan rumah kapten bola sepak Inggeris itu dan melakukan beberapa pekerjaan lain seperti memberi pijatan. Pada awal 2004, Beckham tiba-tiba memecat Loos sebuah majalah tabloid News of the World memberinya wawancara pada April 2004. Dia mengaku bahawa ia dan Beckham telah melakukan asmara gelap selama empat bulan lamanya tanoa diketahui Victoria, isteri Beckham.[6] Beckham menafikan hal itu dengan mengatakan bahawa hal itu sekedar "komedi".[7][8][9]

Kerjaya Loos meningkat tajam, koran-koran mewawancarainya dan dia sangat popular di Inggeris dan Sepanyol. Loos menyatakan bahawa ia akan memulai hal baru dan tampil di acara TV Belanda Shownieuws sebagai pengacara.

Pada Oktober 2004, Loos membuat tular media dalam penampilannya di acara TV bertajuk The Farm, dalam siaran Channels 5. Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) mendakwa bahawa pembuat filem sudah "hal gila yang diperbuat kepada haiwan dan binatang",[10] sedangkan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) dan Mediawatch-UK memberi amaran agar acara TV itu dihentikan dan Loos dihukum.

Loos bermain untuk pasukan bola sepak perempuan England dalam perlawanan temasya Sky TV pada 2006. Pada bulan April, dia menyertai London Marathon dan memberi £7,000 dana tajaan kepada derma. Pada bulan Mei, Loos tampil The X Factor: Battle of the Stars bersama James Hewitt, dia mendapat penilaian sangat negatif dari pengadil siri TV Sharon Osbourne.[11]

Loos menyertai Survivor dalam versi Sepanyol pada 2007, dia ada di peringkat ketiga. Pada bulan November, dia tampil dalam siri Televisyen Sky TV Cirque de Celebrite, dia salah seorang daripada peserta baharu yang tampil di pertengahan cerita. Loos diundi keluar oleh penonton-penonton dalam masa belum sampai seminggu.

Pada tahun 2008, Loos mendapat lakonan tamu dalam tajuk The Podge and Rodge Show. Pada bulan September, dia tampil sebagai watak penyokong dalam filem bertajuk Mijn vader is een Detective (Melayu: Ayahku sebenarnya penyelidik). Pada bulan Oktober, dia tampil dalam 71 Degrees North (71 Graden Noord) di versi Belanda.

Pada akhir 2023, Loos kembali membuat tular semasa dia mencabar isi filem dokumenter Netflix Beckham (2023). Dia mengatakan bahawa, bahkan 20 tahun lalu semasa masih memiliki hubungan asmara gelap bersamanya. Beckham memiliki beberapa makwe gelap lainnya, tetapi Loos merasa bahawa hanya dia sahaja yang selalu disabit oleh media dan penyokong Beckham.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Loos berjumpa dengan seorang doktor Norway bernama Sven Christjar Skaiaa,[6] semasa pembuatan filem 71 Graden Noord. Mereka semakin dekat, sehingga Loos hamil anak daripada Skaiaa dan memutuskan untuk bersara dari filem ataupun media. Dia pindah ke Norway pada tahun 2009 dan hanya sekali sekala sahaja tampil di media sosial. Loos menyatakan dalam laman webnya bahawa dia telah memiliki dua orang putera dan bekerja sebagai jurulatih yoga.[12]

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Rebecca Loos". IMDb. Dicapai pada 18 December 2018.
  2. ^ "Official Website". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2010.
  3. ^ "Rebecca Loos Biography: Posh vs Very Posh". Thisislondon.co.uk. 4 March 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2008. Dicapai pada 27 April 2009.
  4. ^ "My story of Becks, sex and text". The New Zealand Herald. 16 April 2004. Dicapai pada 18 December 2018.
  5. ^ "Piers Morgan: My favourite moments on Planet Tabloid". The Independent. London. 5 September 2005. Dicapai pada 22 May 2010.
  6. ^ a b Govan, Fiona (11 February 2009). "Rebecca Loos reveals pregnancy with new man". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 22 May 2010.
  7. ^ "Beckham story is tabloids' dream". news.bbc.co.uk. 9 April 2004.
  8. ^ Richard Keeble; Ian Reeves (21 August 2014). The Newspapers Handbook. Routledge. m/s. 304–. ISBN 978-1-136-50077-0.
  9. ^ "Rebecca Loos is back: do you think she was right to sell her story?". Independent.co.uk. 15 March 2013.
  10. ^ Quentin Falk; Ben Falk (2005). Television's Strangest Moments. Robson Books. m/s. 293. ISBN 978-1-86105-874-4.
  11. ^ "You Loos, Sharon" Daily Mirror, 5 June 2006.
  12. ^ Rebecca Loos (21 November 2020). "About Rebecca Loos". rebeccaloos.com. Dicapai pada 21 November 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]