Riyu Kosaka (小坂 りゆ, Kosaka Riyu) ialah seorang penyanyi J-pop dan juga ahli kepada kumpulan J-pop ciptaan Konami iaitu BeForU. Kosaka dilahirkan di Kanagawa, Jepun pada 17 Januari, 1985. [1]
Pada 20 November, 2000, kakitangan Konami dan Toshiba-EMI telah mengadakan uji bakat untuk membentuk sebuah kumpulan J-pop, yang akhirnya dikenali sebagai BeForU. Ramai orang yang telah menyertainya, dan Kosaka, yang berumur lima belas tahun pada waktu itu, merupakan salah seorang daripada empat yang dipilih untuk menyertai kumpulan tersebut. [2][3] Kumpulan itu, ciptaan Naoki Maeda, pada asalnya telah mencipta beberapa lagu khas buat permainan video Bemani -- single pertama, DIVE, dipromosikan secara besar-besaran pada waktu itu, diikuti oleh keluaran Dance Dance Revolution 5thMIX.[4]
Ini merupakan diskografi karya solo Kosaka diluar Bemani. Untuk diskografinya yang lengkap sila lihat Be For U diskografi.