Rolf Carls | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Rostock | 29 Mei 1885
Meninggal dunia | 24 April 1945 Bad Oldesloe | (umur 59)
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() ![]() Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1903–43 |
Pangkat | Generaladmiral |
Unit | SMS Stein SMS Mars SMS Fürst Bismarck SMS Breslau |
Arahan | U-124 SMS Hessen Panglima Armada Jerman |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Rolf Carl Wilhelm Hans Carls (29 Mei 1885 – 24 April 1945) adalah seorang Laksamana Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross Jerman Nazi.
Pada permulaan Perang Dunia I, Carls menjadi anak kapal kruiser Breslau. Beliau kemudian berkhidmat atas kapal tempur König dan kemudian memerintah dua u-boat, iaitu U-9 dan kemudian U-124. Selepas perang, Carls telah menjadi Ketua Bahagian Latihan di Markas Tentera Laut Reichsmarine dan kemudian diberi memerintah kapal tempur lama SMS Hessen. Pada tahun 1933, Carls dijadikan Ketua Staf Markas Armada, dan setahun kemudian Panglima Kapal Utama.
Carls adalah Panglima Armada Jerman, semasa Perang Saudara Sepanyol, dan selepas itu menjadi Panglima Laut Baltik. Pada masa yang sama beliau menyandang jawatan Panglima Markas Kumpulan Tentera Laut Timur (Oberbefehlshaber des Marinegruppenkommandos Ost). Kemudian beliau menjadi Panglima Markas Kumpulan Tentera Laut Utara (Oberbefehlshaber des Marinegruppenkommandos Nord) dari September 1940 hingga Mac 1943.[1][sumber lebih baik diperlukan] Pada 30 Januari 1943, Erich Raeder meletakkan jawatan sebagai Panglima Besar Kriegsmarine selepas berbalah dengan Hitler. Raeder mencalonkan Carls atau Karl Dönitz untuk menggantikannya, dan Hitler memilih Dönitz. Carls kemudian meletakkan jawatan, barangkali untuk mengelakkan pergeseran antara kepimpinan tentera laut.
Laksamana Carls terbunuh dalam satu serangan udara Tentera Udara Diraja di Bad Oldesloe pada 24 April 1945.[Notes 1] Carls bersama dengan 49 orang yang lain[4] telah terbunuh di dalam bilik bawah tanah sekolah vokasional (Präparandeum) di Königstraße.[5] Hanya 2 minggu sebelum berakhirnya perang Bad Oldesloe telah hampir musnah, antara 700 dan 1000 rakyat Jerman hilang nyawa, terutamanya perempuan dan kanak-kanak.[6]
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Admiral Richard Foerster |
Panglima Armada 21 Disember 1936 – 31 Oktober 1938 |
Diikuti oleh: Admiral Hermann Boehm |