Run BTS | |
---|---|
Genre | Aneka ragam |
Dibintangi oleh | BTS |
Lagu pembukaan | |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 143 dan 3 episod khas |
Penyiaran | |
Saluran asal | V Live |
Siaran asal | 1 Ogos 2015 | – kini
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Run BTS (Hangul: 달려라 방탄; RR: Dallyeora bangtan; juga ditulis sebagai Run BTS!) ialah siri web aneka Korea Selatan yang dibintangi oleh kumpulan vokal lelaki BTS. Sii ini disiarkan setiap minggu dan telah ditawarkan untuk ditonton secara percuma di V Live sejak 2015 dan di Weverse sejak 2020. Dalam setiap episod, ahli kumpulan bermain sebuah permainan atau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka menghadapi cabaran, dan kadangkala melakukan misi rahsia, untuk mendapatkan hadiah atau menerima hukuman.
Musim pertama Run BTS ditayangkan perdana pada 1 Ogos 2015.[1] Sebahagian besar episod ditayangkan pada hari Selasa, kecuali semasa episod BTS Gayo dikeluarkan sebagai gantian. Siri ini direhatkan selama setahun setelah episod 5 Januari 2016. Musim kedua ditayangkan perdana pada 31 Januari 2017.[2] Siri ini mula ditayangkan secara konsisten setiap minggu pada episod 23 Mei 2017. Musim ketiga ditayangkan perdana pada 1 Januari 2019.[3]