Yang Berhormat Tuan Salamiah Mohd Nor AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Temerloh, Pahang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Anuar Mohd Tahir |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | PAS |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pendidikan | BEA (UM), Dip Pendidikan (UTM) |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Salamiah binti Mohd Nor, Ahli ParlimenTemerloh, Pahang, yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2022, adalah seorang pemimpin yang komited dan bersemangat dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat.
Lahir pada 21 Ogos 1964 di Rawang, Selangor, beliau kini berusia 60 tahun dan dikenali sebagai seorang pemimpin yang dinamik serta berdaya saing.
Dengan latar belakang pendidikan yang kukuh, beliau adalah alumni Sekolah Menengah Seri Gading, Rawang, dan memegang Diploma Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran (Ekonomi Analisa) dari Universiti Malaya. Kecekapan akademiknya menjadi asas kepada kebijaksanaannya dalam membuat keputusan serta merancang strategi untuk kemajuan kawasan yang diwakilinya.
Salamiah lahir di Rawang, Selangor, namun setelah berkahwin dengan suaminya, Roslan bin Ahmad, anak jatiTemerloh, beliau telah menetap di Temerloh sejak 1990. Mereka dikurniakan tujuh orang anak, lima daripadanya telah mendirikan rumah tangga. Salamiah sangat menitikberatkan pendidikan anak-anaknya; empat daripada anaknya telah selesai pengajian di peringkat Sarjana (Master), dan dua lagi sedang menyambung pengajian Sarjana (Master). Kepedulian beliau terhadap pendidikan anak-anaknya menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam membentuk masa depan yang cerah.
Sebelum terjun ke dunia politik, beliau berkhidmat sebagai guru di SMK Paya Pulai, Temerloh, di mana beliau menunjukkan dedikasi yang tinggi dalam mendidik dan membimbing generasi muda. Pengalaman ini memperkukuhkan lagi keazamannya untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui politik.
Sebagai tenaga pengajar akademik di bidang Ekonomi, Perdagangan, dan Perniagaan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Akademik Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) dan pengajar di beberapa masjid, surau, dan premis sekitar Temerloh dan Pahang.
Dalam aspek peribadi, Salamiah suka membaca buku, mengaji, bertanam, dan berkongsi ilmu. Beliau memiliki tauliah sebagai asatizah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dan sering memenuhi jemputan ceramah serta tazkirah di seluruh Temerloh. Keterlibatan beliau dalam aktiviti kebajikan seperti sumbangan Ramadan, sumbangan raya, sumbangan untuk mula sekolah, korban, dan sumbangan pakaian menjadikannya seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat Temerloh.
Harapan dan cita-cita Salamiah adalah untuk melihat Temerloh membangun dengan sejahtera, masyarakatnya celik agama dan berilmu, selain rajin bekerja dan bersemangat mengubah diri dan masyarakat. Temerloh mempunyai potensi besar untuk dibangunkan kerana faktor geografi, budaya, dan sosialnya, dan beliau berasa bertanggungjawab untuk menunaikan harapan rakyat di bawah naungannya.
Sebagai seorang pemimpin yang dihormati, YB Salamiah sentiasa menekankan keadilan sosial dan ekonomi serta usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup rakyat, terutamanya golongan yang kurang bernasib baik. Penglibatannya yang aktif di peringkat akar umbi dan Parlimen menjadikannya seorang wakil rakyat yang berwibawa dan dipercayai oleh masyarakat Temerloh. Dengan rekod prestasi yang cemerlang dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, YB Salamiah binti Mohd Nor terus berusaha untuk membawa perubahan positif kepada rakyat dan negara.
Tidak cukup dengan kerja kebajikan di peringkat tempatan, YB Salamiah terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan antarabangsa, termasuk misi sumbangan Ramadan ke Afghanistan dan bantuan banjir ke Pakistan bersama PAS Relief, serta perjumpaan dengan wanita Gaza di Kuala Lumpur. Aktivisme beliau menunjukkan komitmennya dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat global.
Sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, YB Salamiah memainkan peranan penting dalam menggerakkan wanita di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan serta Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia, menunjukkan komitmen beliau dalam pembangunan rohani dan kebajikan masyarakat.
Yang Berhormat Tuan Salamiah Mohd Nor adalah merupakan Ahli Parlimen bagi Temerloh, Pahang yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia.[1]
Salamiah juga dikenali sebagai wakil rakyat yang sangat aktif di Parlimen, hadir dalam 89 daripada 90 sesi Parlimen, dan telah mengemukakan 66 soalan yang merangkumi pelbagai isu penting. Antara soalan yang sering diajukan termasuk langkah kerajaan untuk mengelakkan majikan menyalahgunakan insentif, kos latihan pekerja, dasar-dasar ekonomi, peruntukan gaji, dan usaha memperkasa undang-undang syariah. Di peringkat tempatan, beliau memperjuangkan isu-isu seperti bekalan air bersih di kampung-kampung Orang Asli, pembangunan FELDA, dan kebajikan tenaga kerja tempatan.
Pengalaman Kerja
Kelas, Kuliah & Ceramah
Beliau aktif dalam memberikan kuliah, ceramah, dan kelas yang berkaitan dengan hal ehwal agama, asas-asas Fardhu ‘Ain, pengajian al-Quran dan Hadith, isu-isu wanita, kekeluargaan, pendidikan anak-anak, serta isu-isu semasa negara di pelbagai masjid, surau, dan rumah individu.
Penglibatan