Samochód Pancerny wzór 29 | |
---|---|
Jenis | Kereta berperisai tentera |
Tempat asal | Poland |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Rudolf Gundlach |
Direka | 1929 |
Jumlah dibina | 10 to 13 |
Spesifikasi | |
Berat | 4.8 t |
Panjang | dengan MG: 5.49 tanpa MG: 5.15 m |
Lebar | 1.85 m |
Tinggi | 2.48 m |
Krew | 4 (pemandu, pemandu betentangan, komander/jurutembak, penembak di belakang) |
Armor | 4-10 mm |
Senjata pertama | meriam 37 mm SA-18 Puteaux L/21 |
Senjata kedua | 2 x 7.92 mm mesingan wz. 25 Hotchkiss |
Enjin | Ursus-2A 4 cylinder enjin petrol 35 hp (26 kW) |
Kuasa/berat | 7.3 hp/tonne |
Sistem ampaian | roda, 4 x 2 |
Jarak operasi | 380 km |
Kelajuan | 35 km/h |
Samochód Pancerny wzór 29 ("kereta berperisai pola 1929"), biasanya dikenali sebagai Ursus atau CWS, merupakan kereta berperisai tentera berat antara perang Poland. Sejumlah kecil kenderaan ini menyaksikan pertempuran semasa Perperangan Poland-Jerman 1939.
Kereta perisai ini direka pada tahun 1929 oleh Rudolf Gundlach. Kenderaan ini berasaskan rangka lori Ursus A 2-tan (S.P.A. Itali 25C diubah suai oleh Ursus Mechanical Works di Warsaw), badan kereta berperisai dibina oleh CWS, Warsaw. Persenjataan awal terdiri dari meriam pecutan rendah 37 mm Perancis di turet hadapan, mesingan 7.92 mm pada turet kiri belakang dan kanan belakang pada 120 darjah kepada meriam (semua dikendali oleh komander), dan mesingan 7.92 mm yang lain di bahagian badan belakang (dikendali oleh juru tembak belakang). Sungguhpun aturan ini membantu keseimbangan turet yang baik, ia pelik digunakan. Pada pertengahan-30-an meriam kecil mesingan kanan dibuang. Kereta perisai ini membawa 96 peluru bagi meriam utama dan 4,032 peluru mesingan pada 16 rantaian 252-peluru.
Kenderaan ini memiliki senjata dan perisai yang mencukupi pada akhir 1920-an, tetapi kurang berkuasa, ketiadaan pacuan semua roda (yang menjadikan pergerakan lemah di luar jalan) dan memiliki badan yang tinggi. Akibat kekurangan ini, hanya antara 10 dan 13 kereta berperisai dihasilkan.
Sungguhpun lapuk menjelang tahun 1939, kereta berperisai ini masih dalam perkhidmatan ketika Perang Dunia Kedua meletus. 8 kenderaan diberikan kepada batalion berperisai ke-11 Brigade Kalavari Mazowiecka, Tentera Modlin, sebagai unit risikan. Kenderaan ini berfungsi dengan baik dalam pertempuran, tetapi menjelang 16 September kesemuanya telah musnah.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Samochód pancerny wz. 29 |