Senaman radio (ラジオ体操) merupakan senaman paling terkenal di Jepun.
Senaman radio ialah sejenis senaman terkenal di Jepun. Senaman radio terdapat tiga jenis, tetapi senaman radio pertama (ラジオ体操第一) dan senaman radio kedua (ラジオ体操第二) ialah senaman yang paling dikenali dalam kalangan orang Jepun kerana diajar di sekolah. Terdapat juga beberapa sekolah yang melaksanakan ujian senaman radio. Selain itu, senaman radio juga disiarkan di televisyen atau radio program Perbadanan Penyiaran Jepun atau NHK pada setiap pagi. Ini menyebabkan kebanyakan orang Jepun boleh bersenam melakukan senaman radio dengan muzik tertentu.
Terdapat senam radio ketiga (ラジオ体操第三) sehingga tahun 1947, tetapi ianya tidak banyak disiarkan kerana kesukaran untuk menjelaskan bagaimana senam boleh dijalankan dengan menggunakan suara sahaja.
Muzik senaman radio sangat terkenal sehingga karaoke di Jepun juga mempunyai lagu dari muzik senaman radio.
Pada cuti musim panas, kebanyakan kawasan perumahan akan mengadakan aktiviti senaman radio bersama-sama yang dihadiri oleh murid sekolah rendah dan orang tua. Golongan yang berumur kebanyakkannya bersenam untuk kesihatan badan mereka manakala pelajar sekolah rendah pula menyertai perjumpaan itu sebagai salah satu kerja rumah pada cuti musim panas. Pelajar sekolah rendah biasanya akan membawa kad kehadiran ke tempat senaman. Jika mereka hadir ke perjumpaan ini dan bersenam, mereka akan diberikan satu cop kehadiran, dan apabila mereka berjaya mengumpul banyak cop, mereka boleh menebus kad tersebut untuk mendapatkan kuih, alat tulis atau kad buku pada hari terakhir. Akan tetapi, aktiviti senaman radio semakin jarang dilaksanakan kebelakangan ini kerana muzik tertentu dianggap sebagai kebisingan pada awal pagi, kanak-kanak juga sibuk berlatih sukan misalnya bola sepak atau besbol dan bilangan kanak-kanak yang menghadiri perjumpaan senaman radio semakin berkurangan.
Senaman radio dicipta pada tahun 1928 untuk kesihatan badan rakyat dan apabila rakyat bersenam dengan muzik tertentu yang disiarkan melalui radio. Namun begitu, pada tahun 1946, siaran muzik senaman radio dihentikan kerana senaman ini berkaitan dengan ketenteraan Tentera Jepun Imperial
Pada tahun 1951, senaman radio yang baharu disiarkan semula melalui radio dan sejak tahun 1957, apabila siaran televisyen bermula, muzik dan video demonstrasi senaman radio mula disiarkan melalui televisyen.
Semasa zaman penjajahan Jepun di Asia tenggara, senaman radio banyak disiarkan melalui radio di negara-negara di bawah jajahan mereka, termasuk di Malaya. Di Malaya, untuk menggalakkan kesihatan badan, latihan tatatertib dan propaganda, senaman radio disiarkan setiap hari dan dilaksanakan di pejabat. Di Filipina, senaman radio menjadi terkenal dengan sangat cepat dan persatuan senaman radio (ラジオ体操の会) dianjurkan oleh belia dan pekerja kilang.
China juga mempunyai senaman sebegitu dan telah diwajibkan di beberapa wilayah sejak 2010, namun pada asal senaman ini telah diperkenalkan oleh Mao Zedong pada tahun 1951 tetapi siaran kini dikendalikan oleh Pentadbiran Am Sukan China.
Video senaman radio pertama [テレビ体操] ラジオ体操第1 | NHK - YouTube
Video senaman radio kedua [テレビ体操] ラジオ体操第2 | NHK - YouTube
Video senaman radio ketiga 戦前のラジオ体操
(bahasa Jupun)『日本占領下のマラヤ』立教大学2014年11月16日公開シンポジウム「日本占領下の南洋」KRATOSKA Paul
(bahasa Jepun)「「南方放送史」再考③ 激戦地における放送工作とその潰散~フィリピンとビルマを例に」、松山秀明、『放送研究と調査』2021年5月号、NHK出版、2021
(bahasa Jepun) ラジオ体操 - NHK
(bahasa Jepun) テレビ・ラジオ体操放送史 - ラジオ体操 - NHK
(bahasa Jepun) 全国ラジオ体操連盟