Seo Ji-seok | |
---|---|
Kelahiran | Seo Jong-wook 9 September 1981 Seoul, South Korea |
Warganegara | Korea Selatan |
Nama lain | Seo Ji-suk, Suh Ji-suk |
Pendidikan | BFTV |
Pusat pendidikan | Seoul Institute of the Arts |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2001 – kini |
Ejen | J & J Entertainment Universal D (Japan) |
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) |
Nama Korea | |
Hangul | 서종욱 |
Hanja | 徐宗旭 |
Perumian Semakan | Seo Jong-uk |
McCune–Reischauer | Sŏ Chong'uk |
Nama panggung | |
Hangul | 서지석 |
Hanja | 徐芝釋, 徐智锡 |
Perumian Semakan | Seo Ji-seok |
McCune–Reischauer | Sŏ Chi-sŏk |
Laman web rasmi | Seo Ji-seok official homepage |
Seo Ji-seok (Hangul: 서지석 ; (kadang-kala dirumikan sebagai Suh Ji-suk); dilahirkan pada 9 September 1981) ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan. Dia dikenali dengan wataknya sebagai Park Yoon-hoo drama harian 167 episod KBS-1, Pure in Heart, a.k.a. Pure 19, yang ditayangkan dari 22 Mei 2006 hingga 12 Januari 2007.
Di sekolah menengah, dia adalah atlet yang mengkhususkan dalam acara lari pecut 100m dan 200m. Dia memenangi empat pingat emas dalm pelbagai sukan ketika dia berusia 16 tahun dan dipilih untuk membuat persediaan bagi pasukan kebangsaan. Pada 1999, dia dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan dan dimasukkan ke hosptital selama enam bulan untuk rawatan. Dia kemudian dikesan bakat di jalanan oleh seorang pengurus yang menyukai penampilannya yang halus, mulai dari saat itu memilih lakonan sebagai kariernya.[1]
Seo muncul dalam dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah movie terkemuka Korea Selatan, Kim Ki-duk. Filem pertama, The Bow, dia memegang watak seorang pelajar kolej yang terlibat dalam hubungan misteri dan berbahaya antara seorang lelaki tua dengan seorang gadis yang berumur 16 tahun. Orang tua itu menculik gadis itu 10 tahun yang lalu ketika dia berumur 6 tahun. Dia muncul dalam filem kedua, Time sebagai seorang bintang jemputan. Dia juga mengambil bahagian dalam filem May I Cry? pada 2006.
Seo melapor diri bagi khidmat tentera pada 29 Mei 2007. Dia melapor diri di Unit Tambahan 102 Chuncheon Tentera Republik Korea. Selepas latihan asas selama lima minggu, dia ditugaskan di Divisyen Infantri ke-12 yang terletak di Inje, Gangwon-do.[2][3] Dia dilepaskan pada 3 Mei 2009 dan selepas itu mengadakan pertemuan bersama peminat pada 10 Mei 2009.[4][Penjelasan diperlukan]
Dari Oktober hingga November 2009, dia menjalani penggambaran filem The Inside Story of Him and Her.
Dari 3 Februari 2010, dia dan Jang Suh-hee memegang watak utama dalam drama Rabu-Khamis SBS, OB & GYN.[5]
Dari 31 Julai 2010, dia, Bae Doo-na, Soh Yi-hyun dan Lee Chun-hee adalah pemegang-pemegang watak utama dalam drama hujung minggu MBC, Gloria.[6]
Dari 22 Ogos 2010, selama enam bulan, dia menjadi salah seorang daripada tujuh orang MC program aneka ragam TV MBC, Sunday Night - Enjoy Today.[7]
Dari 13 April 2011, dia memegang watak utama dalam drama romantik komedi 16 episod saluran kabel, TvN, Manny pada setiap Rabu dan Khamis.[8]
Dari 22 Mei 2011, dia membuat persembahan dalam program aneka ragam SBS, "Good Sundy – Kim Yuna’s KISS&CRY" (일요일이 좋다-김연아의 키스 앤 크라이).
Dari 19 September 2011, dia muncul dalam sitkom romantik komedi harian 123 episod MBC, Highkick 3, Short Leg Counter-Attack.[9]
Dari 13 Oktober 2012, dia, pemuzik Kim Wi-yong (김의용), aktres Lee Chung-ah dan penyanyi Heo Young-saeng mengambil bahagian dalam program aneka ragam TV kabel "MBC Music", "Song and Lyrics 2 (그여자 작사 그남자 작곡 시즌2)" untuk berkolaborasi dalam OST "Gazing (바라본다)" bagi drama hujung minggu MBC, "Sons".[10]
Pada Jun 2013, dia dan Hong Soo-ah dipilih sebagai pemegang watak utama dalam movie "Mango Tree" (망고트리) yang ditayangkan pada Oktober 2013.
Pada 28 September 2013, dia berlakon dalam drama hujung minggu 50 episod MBC, "Give Love Away" (사랑해서 남주나).[11]
Dari 22 Oktober 2013, dia muncul dalam program aneka ragam KBS2, "Cool Kiz on the Block" (우리동네 예체능).[12]
Dari 27 November 2014 hingga 23 Januari 2015, dia muncul dalam program aneka ragam SBS, Law of the Jungle (siri TV) in Costa Rica (정글의 법칙 in 코스타리카).
Pada 18 Mei 2013, Ji-seok mengahwini seorang penjual bunga berusia 28 tahun dalam satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Seoul. Mereka berbulan madu di Bali, dan mempunyai rumah berhampiran Gangnam.[13]