Serangan Urumqi Mei 2014

Serangan Ürümqi Mei 2014
Serangan Ürümqi Mei 2014
Lokasi Gongyuan Street, Ürümqi, Xinjiang, China
Koordinat 43°47′37″N 87°35′49″E / 43.79361°N 87.59694°E / 43.79361; 87.59694Koordinat: 43°47′37″N 87°35′49″E / 43.79361°N 87.59694°E / 43.79361; 87.59694
Tarikh 22 Mei 2014
7:50 am (Waktu Piawai China)
Jenis serangan Pengeboman diri
Homisid dengan kenderaan
Kematian 43 (termasuk 4 penyerang)
Cedera 90+

Serangan Urumqi Mei 2014 berlaku pada 22 Mei 2014 apabila dua buah kereta SUV meletup di tengah pasar bandar Urumqi, ibu negeri Xinjiang, China. Seramai 43 orang terbunuh dan lebih 90 cedera. Semua ini ada kaitan dengan Konflik Xinjiang yang berlanjutan sekian lama. Serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pemisah Islam itu adalah yang terbaharu selepas beberapa siri serangan berdarah sebelum ini.

Agensi berita rasmi Xinhua, melaporkan penyerang menggunakan kenderaan pacuan empat roda (SUV) memasuki pasar harian di tepi jalan raya dengan orang ramai sedang membeli-belah di Bandar Urumqi, di wilayah utara China itu. Penyerang kemudian melempar bahan letupan dari tingkap kenderaan. Seorang saksi berkata, salah satu kenderaan penyerang turut meletup dan selepas itu disusuli berpuluh letupan.[1]

Sebelum ini, pada 30 April 2014,dua letupan bom telah membunuh tiga orang dan 79 lagi cedera di Urumqi. Ia dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan keturunan Uyghur terhadap kedatangan dan kebanjiran pendatang kaum Han sehingga menjejaskan keharmonian budaya dan ugama di Urumqi.[2]

  1. ^ "31 terbunuh, 90 cedera serangan di Xinjiang". Berita Harian. 22 Mei 2014.
  2. ^ Mullen, Jethro (22 May 2014). "Terror attacks kill dozens in China's tense Xinjiang region". CNN. Dicapai pada 22 May 2014.