Shin Ji-min | |
---|---|
신지민 | |
![]() | |
Kelahiran | Seongnam, Korea Selatan | 8 Januari 1991
Pekerjaan |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokalis |
Tahun aktif | 2012–2020 |
Syarikat rakaman | FNC |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | fncent |
Nama Korea | |
Hangul | 신지민 |
Hanja | 申智珉 |
Perumian Semakan | Sin Ji-min |
McCune–Reischauer | Sin Chimin |
Shin Ji-min (lahir 8 Januari 1991), lebih dikenali sebagai Jimin, ialah seorang bekas penyanyi rap Korea Selatan. Beliau merupakan bekas ketua dan penyanyi rap utama kumpulan wanita Korea Selatan, AOA. Pada tahun 2015, Jimin merupakan peserta separuh akhir musim pertama Unpretty Rapstar. Semasa program ini, beliau mengeluarkan beberapa lagu kolaborasi termasuk "Good Start" (bersama Seulong) dan "Puss" (bersama Iron).
Jimin membuat kemunculan pertama beliau sebagai penyanyi solo pada tahun 2016 menerusi lagu "Call You Bae" menampilkan Xiumin.
Jimin lahir pada 8 Januari 1991 di Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau belajar bermain gitar, harmonika dan piano ketika masih kecil.[2] Ketika tahun keduanya di sekolah menengah sehingga tahun pertama sekolah tinggi, beliau belajar di luar negara di sebuah sekolah berbahasa Cina selama dua tahun. Semasa di China, beliau juga menghadiri sekolah muzik praktikal.[3][4]
Pada 30 Julai 2012, Jimin membuat kemunculan pertama beliau sebagai ahli AOA dalam program muzik Mnet, M! Countdown menerusi lagu "Elvis" daripada album pertama mereka, Angels' Story.[5] Beliau juga merupakan sebahagian daripada sub-unit, AOA Black yang ditubuhkan pada tahun 2013.[6] Beliau menulis bahagian rap untuk lagu AOA Black bertajuk "Moya".[7]
Pada awal tahun 2015, Jimin merupakan sebahagian daripada rancangan varieti, Unpretty Rapstar. Unpretty Rapstar ialah program yang menampilkan penyanyi rap wanita. Semasa program ini, Jimin mengeluarkan beberapa lagu kolaborasi seperti "T4SA" bersama MC Meta dan Nuck.[8] Lagu beliau bersama Seulong, "Good Start" dihasilkan oleh Verbal Jint dan menduduki tempat ke-2 dalam Carta Gaon. "Puss", lagu rap beliau bersama Iron semasa separuh akhir menduduki tempat pertama dalam Carta Gaon.[9][10] Beliau juga merupakan ahli rancangan varieti, Off to School untuk empat episod bermula 17 Mac 2015.[11]
Pada 28 April, Jimin dan J.Don (Lee Seunghyub) mengeluarkan lagu "God". Lagu ini dihasilkan oleh Rhymer dari Brand New Music sebagai sebahagian daripada Projek N FNC Entertainment.[12] Video muzik lagu ini adalah berdasarkan Game of Thrones.[13]
Jimin membuat kemunculan pertamanya sebagai penyanyi solo pada 3 Mac 2016 menerusi lagu "Call You Bae" duet bersama Xiumin.[10] Lagu ini merupakan keluaran pertama dari projek solo Jimin #OOTD (Outfit of the Day).[14]
Pada bulan Oktober 2017, Jimin mengeluarkan single "Hallelujah", lagu tarian yang dipengaruhi oleh pop-Latin, kolaborasi dengan majalah W Korea.[15][sumber tak boleh dipercayai?]
Jimin menyanyikan OST untuk A Korean Odyssey tvN bersama dengan Seo Yu-na, lagu tersebut disebut "If You Were Me" dan dikeluarkan pada 28 Januari 2018.[16][sumber tak boleh dipercayai?]
Tajuk | Tahun | Kedudukan carta tertinggi | Jualan | Album |
---|---|---|---|---|
KOR [17] | ||||
"T4SA" (bersama MC Meta dan Nuck) |
2015 | 50 |
|
Unpretty Rapstar |
"Good Start" (bersama Lim Seulong) |
2 |
| ||
"Puss" (bersama Iron) |
1 |
| ||
"God" (bersama J.Don) |
38 |
|
single bukan album | |
"Call You Bae" (bersama Xiumin) |
2016 | 5 |
| |
"Hallelujah" | 2017 | — | — | |
"Hey" | 2018 | — |
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Album |
---|---|---|---|---|
"Yahae" (Kang Min-hee featuring Jimin) |
2015 | 80 |
|
single bukan album |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
2013 | Cheongdam-dong 111 | Diri sendiri | tvN | Program realiti FNC Entertainment[20] |
2015 | AOA's One Fine Day | MBC Music | Program realiti AOA | |
2016 | Channel AOA | OnStyle | Program realiti AOA [21] |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
2014 | 2 Days & 1 Night | Tetamu istimewa | KBS2 | Musim 3, Episod 28 (bersama Seolhyun dan Choa) |
2015 | Unpretty Rapstar | Peserta | Mnet | Separuh akhir |
Off to School | Tetamu | JTBC | Episod 36-39 | |
Bon Bun Olympic | Tetamu | KBS | Program Istimewa Tahun Baru Lunar[22] | |
King of Mask Singer | Juri[23] | MBC | Musim 1, Episod 5-6 | |
It's Okay | Tetamu[3] | SBS | ||
Weekly Idol | Tetamu | MBC Every 1 | Ep. 200 (bersama Choa dan N.Flying) | |
Tetamu | MBC Every 1 | Ep. 204 bersama AOA | ||
Let's Go! Dream Team | Tetamu | SZTV | Versi China (bersama Chanmi) | |
2016 | Bon Bun Olympic | Peserta | KBS | Program Istimewa Tahun Baru Lunar[24] |
Weekly Idol | Tetamu | MBC Every 1 | Episod 251 bersama AOA | |
2017 | Sherlock's Room | Tetamu | MBC |
Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Trend Hangat | Tercalon |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Shin Ji-min |