Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Shukor bin Adan | ||
Tarikh lahir | 24 September 1979 | ||
Tempat lahir | Melaka, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 12 in) | ||
Posisi permainan |
Bek tengah, Pemain tengah defensif | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1997 | Melaka | ||
1998–1999 | Negeri Sembilan | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2000–2001 | Negeri Sembilan | 21 | (2) |
2002–2008 | Selangor | 123 | (17) |
2009–2012 | Negeri Sembilan | 85 | (15) |
2013 | ATM | 22 | (3) |
2014–2018 | Felda United | 100 | (7) |
2019 | Melaka United | 20 | (2) |
2020–2021 | Kuala Lumpur City | 15 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001–2014 | Malaysia | 56 | (5) |
Pasukan diurus | |||
2022 | Kuala Lumpur City (Penganalisis pasukan) | ||
2023– | Malaysia U-23 (Pembantu jurulatih) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 December 2018 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 January 2017 |
Muhammad Shukor bin Adan (lahir pada 24 September 1979) merupakan bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan dan kini bekerja sebagai pembantu jurulatih untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-23 tahun.
Shukor mula beraksi bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2002 pada tahun 2001. Shukor juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia ketika Malaysia tewas 6-0 kepada Manchester United pada tahun 2001 dan ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Brazil pada tahun 2002.[1]
Pada tahun 2008, Shukor telah mewakili kesebelasan Malaysia atau Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tumpas 0-2 kepada Chelsea. Meskipun tewas jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji barisan Malaysia yang memberikan tentangan sengit.[2][3]
# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Perlawanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 12 Oktober, 2003 | Kuala Lumpur, Malaysia | Bahrain | 2-2 | Seri | Kelayakan AFC Piala Asia 2004 |
2. | 12 Julai, 2004 | Kuala Lumpur, Malaysia | Singapura | 2-0 | Menang | Persahabatan |
3. | 6 Jun, 2008 | Surabaya, Indonesia | Indonesia | 1-1 | Seri | Persahabatan |