Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (lahir 14 Februari 1953) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli Parlimen Klang selama tiga penggal (1995-2008) serta mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa (2004-2008).
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew DSSA (Selangor) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Wangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Tan Kee Kwong |
Digantikan oleh | Zahir Hassan |
Majoriti | 24,238 (PRU-14) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Klang, Selangor | |
Dalam jawatan 1995–2008 | |
Didahului oleh | Fong Kui Lun |
Digantikan oleh | Charles Anthony Santiago |
Majoriti | 13,281 (PRU-11) 5,673 (PRU-10) 6,124 (PRU-9) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Klang, Malaya (kini Malaysia) | 14 Februari 1953
Parti politik | (1986-2008) (2008-kini) |
Pasangan | Dr. Low Sew Ming |
Anak-anak | 2 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor Perubatan |
Beliau sebelum ini adalah dari parti BN-MCA. Pilihan raya pertama beliau ialah Pilihan raya umum Malaysia 1990 dan bertanding di parlimen Puchong mewakili BN. Namun beliau tewas kepada calon DAP dengan majoriti 2,281 undi.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 berliau bertanding di parlimen Klang dan berjaya menewaskan calon DAP. Beliau kekal sebagai ahli parlimen Klang mewakili parti BN-MCA selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995-1999, 1999-2004 dan 2004-2008.
Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2008.
Pada tahun 2008, beliau mengumumkan keluar daripada parti BN-MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Beliau bertanding buat pertama kalinya dalam parti baharu pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) di Parlimen Tanjong Malim namun demikian beliau ditumpas oleh penyandang parlimen itu. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Wangsa Maju bagi mengganti penyandangnya sebelum ini Tan Kee Kwong dari PKR yang tidak bertanding. Beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti 24,238 undi.
Tahun | Kawasan | Undian | Pct | Pencabar(s) | Undian | Pct | Ballots cast | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P91 Puchong, Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 32,686 | 48.31% | V. David (DAP) | 34,967 | 51.69% | 68,684 | 2,281 | 69.57% | ||
1995 | P100 Klang, Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 28,984 | 52.96% | Fong Kui Lun (DAP) | 22,860 | 41.77% | 54,724 | 6,124 | 76.87% | ||
Mohd Yusof Jasmin (PAS) | 1947 | 3.56% | ||||||||||
1999 | P100 Klang, Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 30,201 | 54.61% | Teng Chang Khim (DAP) | 24,528 | 44.36% | 56,325 | 5,673 | 69.81% | ||
Tan Siow Eng (MDP) | 570 | 1.03% | ||||||||||
2004 | P110 Klang, Selangor | Tan Yee Kew (MCA) | 32,138 | 63.02% | Wong Ah Peng (DAP) | 18,857 | 36.98% | 52,265 | 13,281 | 70.57% | ||
2013 | P77 Tanjong Malim, Perak | Tan Yee Kew (PKR) | 23,897 | 44.75% | Ong Ka Chuan (MCA) | 28,225 | 52.86% | 53,399 | 4,328 | 82.80% | ||
2018 | P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Tan Yee Kew (PKR) | 42,178 | 57.30% | Yew Teong Look (MCA) | 17,940 | 24.37% | 74,509 | 24,238 | 84.21% | ||
Razali Tumirin (PAS) | 13,490 | 18.33% |