Nora, dance drama in southern Thailand | |
---|---|
Negara | ![]() |
Rujukan | 01587 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2021 (sesi 16th) |
Senarai | Representative List |
![]() |
Tarian Menora (Jawi: منورا , Bahasa Thai: มโนราห์, มโนห์รา manora) atau nora (Bahasa Thai: โนรา )[1] adalah sejenis drama tari nyanyi yang berasal dari wilayah Melayu lama di Semenanjung Tanah Melayu yang kini merangkumi kawasan Utara Semenanjung (Kedah, Santun, Trang, Krabi, Phuket, Phang-Nga dan Ranong) dan Pantai Timur Malaysia serta Thailand Selatan yang merupakan tempat asalnya.[2] Persembahan ini didasarkan legenda Manohara dalam dongengan Jataka berunsur Buddha yang telah menjadi sebati dengan masyarakat Melayu dan Thai sejak zaman-berzaman.[3] Tari Menora dikatakan berasal dari Narathiwat ada juga menyatakan ia berasal dari Ligor atau Negara Sri Dharmaraja atau sekarang dikenali dengan Nakhon Si Thammarat, kerana ia adalah pusat buddha di Semenanjung, dan ketika itu Utara Semenanjung terutama Ligor, Kedah, Merdelung atau Phattalung, Kelantan dan Patani beragama Buddha. Kerajaan Tambralingga di Ligor atau Nakhon Si Thammarat yang mempunyai hubungan erat dengan Kerajaan Sriwijaya kerana kedua-dua Kerajaan ini adalah Kerajaan Melayu. Busana Menora berdasarkan busana Melayu lama, sangat mirip dengan Mak Yong dengan juga pengaruh Jawa seperti ekor dibelakang dan ketopong mahkota yang mempunyai telinga, berbanding gaya Khmer, Mon dan Thai yg tidak mempunyai telinga.
Tarian ini adakala tidak begitu disambut baik dalam kalangan pemerintah moden rantau tersebut kerana unsur-unsur agama yang ditonjolkan - ia pernah diharamkan di Kelantan bersama wayang kulit dan makyong oleh Parti Islam Se-Malaysia yang menduduki negeri itu pada tahun 1991.[4]
Pada 2021, seni ini diiktiraf rasmi memasuki senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Manusia negara Thailand oleh UNESCO.[2]
Secara umumnya, ciri-ciri asas tarian ini termasuklah pembacaan jampi pemujaan yang panjang berjela, tarian oleh watak utama, pengkisahan drama atau lakonan pendek. Langkah pergerakan tarian Menora ditarikan dengan pergerakan anggota tubuh yang bersendi terutamanya bahagian lengan tangan, jari-jemari dan kaki secara perlahan mengikut rentak lagu yang didendangkan.[5]
Pelaksanaan tarian menora ini ada dua cara berbeza mengikut negeri:[5]
Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian ini terdiri daripada:[1]
Pakaian penari Menora ini berilhamkan daripada legenda manusia separuh burung. Penari utama yang digelar sebagai Menora memakai kecopong, sejenis mahkota tinggi yang diperbuat daripada logam lembut.[6] Terdapat dua jenis kecopong:
Baju yang dipakai oleh penari Menora berwarna-warni dan berjurai dibuat daripada manik. Pada asalnya, penari tidak sebarang baju di bawah juraian manik tersebut akan tetapi pada zaman moden, baju tanpa lengan digunakan bersama-sama dan berkain selendang. Di bahagian pinggul penari pula dipakaikan dengan ekor keras manik berjurai yang berbucu pom-pom serta diselitkan bersama tali pinggang dan sayap kain lepas. Bagi penari lelaki, seluar longgar akan digunakan yang beralas manik berjurai manakala penari perempuan pula sama seperti penari lelaki cuma tidak mengenakan kecopong.
Aksesori tambahan untuk melengkapkan busana penari Menora adalah gelang lengan, gelang tangan dan kuku cakar panjang iaitu canggai. Canggai-canggai sepanjang 2 - 5 inci yang melentik di hujung diperbuat daripada logam lembut turut dipakai oleh penarinya. Sarung kaki separas lutut berwarna putih digunakan bagi penari Menora Melayu manakala penari Menora Siam tidak beralas.