Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Elektronik pengguna |
Ditubuhkan | 2005 |
Pengasas |
|
Ibu pejabat | Stockholm, Sweden |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Bilangan kakitangan | 30[1] (2013) |
Tapak web | teenageengineering |
sunting · sunting di Wikidata |
Teenage Engineering ialah syarikat dan pengeluar elektronik pengguna Sweden yang diasaskan pada tahun 2005 oleh Jesper Kouthoofd, David Eriksson, Jens Rudberg, dan David Möllerstedt dan terletak di Stockholm. Produknya termasuk barangan elektronik dan pensintesis, dengan produk unggulnya, OP-1.
Teenage Engineering diasaskan pada tahun 2005 oleh Jesper Kouthoofd, Jens Rudberg, David Eriksson, dan David Möllerstedt.[2][3] Produk pertama mereka, OP-1, diperkenalkan di Acara NAMM pada tahun 2010,[4] dan tidk lama setelah dikeluarkan, Teenage Engineering menghasilkan beberapa aksesori untuk produk ini.[5] Menyusuli kejayaan OP-1, syarikat ini mula bekerja sama dengan Stig Carlsson Foundation untuk membangkan pembesar suara OD-11, diinspirasikan dari pembesar suara buatan Sonab yang memiliki persamaan nama, direka oleh pereka Sweden Stig Carlsson pada tahun 1974.[6]
Pemuzik yang pernah menggunakan produk Teenage Engineering antara lain Kevin Parker (ahli Tame Impala), Bon Iver,[7] Depeche Mode, Kings Kaleidoscope, Low, Miike Snow, Drew Shirley dari Switchfoot, Housemeister, Damian Kulash dari OK Go,[8] Penerbit Monte Booker dari Chicago, Swedish House Mafia, dan Lauren Mayberry dari CHVRCHES.