Tengku Muhammad Ismail | |
---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu | |
![]() | |
Yang di-Pertuan Muda Terengganu | |
Pemerintahan | 12 Januari 2006 - kini |
Pemasyhuran | 12 Januari 2006 |
Didahului oleh | Tengku Mizan Zainal Abidin |
Keputeraan | Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia | 1 Mac 1998 (Umur 27 tahun dan 6 hari)
Kerabat | Bendahara |
Ayahanda | Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin |
Bonda | Sultanah Nur Zahirah |
Agama | Islam |
![]() |
|
YTM Tengku Sri Bendahara Raja
|
YTM Tengku Sri Panglima Raja
|
YAM Tengku Sri Temenggung Raja
|
YAM Tengku Nur Rohana Fathia Putri YBhg. Encik Essam Omar Fakieh |
YAM Tengku Dato' Rahimah Putri Kerabat luas diraja YAM Tengku Seri Paduka Raja |
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (diputerakan pada 1 Mac 1998) merupakan Yang di-Pertuan Muda Terengganu. Baginda adalah putera sulung dan anakanda kedua kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Baginda merupakan anakanda kedua daripada 4 orang adik-beradik. Baginda mempunyai seorang kekanda dan 2 orang adinda:
Baginda mendapat pendidikan di Garden International School di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya melanjutkan pelajaran di luar negara di United Kingdom.
Baginda berada dalam barisan pertama dalam kedudukan sistem pewarisan takhta kerajaan negeri Terengganu dan diisytihar sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu.
Pada 13 Disember 2006, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) mengenai Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja yang ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf (boleh menjalankan tanggungjawab sendiri) untuk mentadbir negeri Terengganu bersendirian.
Ahli | Keterangan | Catatan |
---|---|---|
Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah | Tengku Sri Panglima Raja Terengganu | Pengerusi |
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah | Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu | Ahli |
Datuk Abdul Kadir Sulaiman | Hakim Mahkamah Persekutuan | Ahli |
Pada 26 Ogos 2010, baginda sekali lagi dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu setelah ayahandanya berpuas hati bahawa baginda telah mukallaf.[1] Akan tetapi, berikutan baginda masih melanjutkan pelajaran di England, Majlis Perwakilan Pemangku Raja ditubuhkan menggantikan fungsi Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dibubarkan.
Ahli | Keterangan | Catatan |
---|---|---|
Tengku Mustafa Kamel ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah | Tengku Sri Bendahara Raja Terengganu | Pengerusi |
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah | Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu | Ahli |
Datuk Abdul Kadir Sulaiman | Hakim Mahkamah Persekutuan | Ahli |
Pada 19 Julai 2009, baginda dilantik sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi negeri Terengganu.
Baginda telah dianugerahkan:
Gelaran hormat bagi Tengku Muhammad Ismail | |
Gaya panggilan | Duli Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Teramat Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |