YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh PSM; SPMP (Prk); DPMS (Sel); DPMP (Prk); PhD | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Gopeng, Perak | |
Dalam jawatan 1987–2008 | |
Didahului oleh | Dr. Tan Koon Swan |
Digantikan oleh | Dr. Lee Boon Chye |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Didahului oleh | Lee Kim Sai |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 1987–1990 | |
Didahului oleh | Oo Gin Sun |
Digantikan oleh | Wong See Wah |
Butiran peribadi | |
Lahir | 21 Mac 1943 |
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Puan Sri Tay Boon Ling |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dr. Ting Chew Peh merupakan ahli politik Malaysia dari parti MCA, sebuah parti komponen gabungan dalam Barisan Nasional. Di peringkat akar umbi, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung MCA.
Beliau telah berkahwin dengan isterinya, Puan Sri Tay Boon Ling dan mendapat 3 orang anak.
Beliau pernah menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1990. Semasa Perhimpunan Agung MCA pada 2005, dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, Ting Chew Peh (738) ditewaskan oleh Chan Kong Choy (1315)[1]
Dalam sektor perniagaan, Ting Chew Peh pernah menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada 2002 dan pernah disoal siasat pada 3 September 2009 oleh PAC ekoran kerugian PKFZ.Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.