USS Maine berlayar | |
Kerjaya | |
---|---|
Mula dibina: | 15 Februari 1899 |
Dilancarkan: | 27 July 1901 |
Ditauliahkan: | 29 Disember 1902 |
Dibersarakan: | 15 May 1920 |
Nasib: | dijual sebagai besi buruk |
Ciri-ciri umum | |
Displacement: | 12,500 light, 13,500 full |
Panjang: | 394 ft overall, 388 kaki waterline |
Lebar "Beam": | 72.3 kaki |
Kedalaman: | 24.3 ft mean, 26 ft max |
Kelajuan: | 18 knot |
Ahli kapal: | 1,017 pegawai dan kakitangan |
Persenjataan: | 4 bedil 12-inch, 16 meriam 6-inci, 6 bedil 3-inch, 8 bedil 3-paun, 6 bedil 1-paun, 3 mesingan kaliber .30, 2 tube torpedo 18-inch bawah air |
USS Maine (BB-10), kapal utama kapal perang kelas Maine, merupakan kapal perang kedua kepunyaan tentera laut Amerika Syarikat yang dinamakan sempena negeri ke 23. Kontrak pembinaannya diserahkan kepada William Cramp and Sons dari Philadelphia, Pennsylvania pada 1 Oktober, 1898, and lunasnya diletakkan pada 15 Februari 1899, setahun sehingga ke hari selepas kemusnahan Maine yang pertama Ia ditauliahkan pada 27 Julai 1901, dirasmikan oleh Miss Mary Preble Anderson, dan kapal ditauliahkan di Philadelphia pada 29 Disember 1902 di bawah pemerintahan Kapten Eugene H.C. Leutze.
Antara tahun 1903 sehingga 1907 USS Maine berlayar sepanjang pantai Atlantik selatan Indies Barat, dan ia menamatkan satu perlayaran ke Laut Mediterranean. Pada 16 Disember 1907 ia meninggalkan Hampton Roads bersama-sama Angkatan Atlantik dalam perjalanan ke Pasifik di mana ia bergabung dengan kapal-kapal Angkatan tersebut untuk pelayaran mengelilingi dunia. Ditemani Alabama, ia singgah di Guam dan Filipina, melalui Terusan Suez dan Laut Mediterranean, dan kembali ke pantai Atlantik pada Oktober 1908, agak lebih awal berbanding kapal-kapal lain dalam "Great White Fleet."
Dilengkapi sebagai kapal pemerintah bagi Squadron Ketiga, Angkatan Atlantik, Maine meneruskan operasi sepanjang pantai Atlantik dan berlayar ke perairan Caribbean selama beberapa bulan berikutnya. Ia dibersarakan di Portsmouth, New Hampshire, pada 31 Ogos 1908. Ditauliahkan kembali pada 15 Jun 1911, Maine beroperasi sepanjang pantai timur. Ketika Perang Dunia I, ia melatih jurutera, anggota pengawal bersenjata, dan midshipmen. Selepas kekalahan Central Powers, ia mengambil bahagian dalam pemeriksaan Angkatan di New York pada 26 Disember 1918.
Maine beroperasi bersama kapal Angkatan Atlantik sehingga 15 May 1920 apabila ia dibersarakan di Philadelphia Navy Yard. USS Maine dijual pada 23 Januari 1922 kepada Joseph G. Hitner dan William F. Cutlet dari Philadelphia, Pennsylvania sebagai besi buruk. USS Maine dilumpuhkan dari keupayaan berperang pada 17 Disember 1923 menurut peraturan Washington Naval Treaty, dan akhirnya dipecahkan untuk dikitar semula.