![]() | |
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Kewangan dan insurans |
Ditubuhkan | Manila, Filipina (15 Mei 1963 ) |
Dibubarkan | 1 Mac 2022 ![]() |
Ibu pejabat | Makati, Filipina |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Perkhidmatan kewangan |
Pendapatan bersih | P3.3 bilion PHP (▲) (2015) [1] |
Bilangan kakitangan | 4,064 [2] |
Anak syarikat | UCPB Savings Bank ![]() |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
United Coconut Planters Bank (UCPB) atau dahulu dikenali sebagai Cocobank, merupakan bank terbesar di Filipina, berada di kedudukan teratas dari 20 bank di Filipina dari segi aset. UCPB merupakan satu-satunya bank sejagat yang tidak tersenarai dalam Bursa Saham Filipina, bank lainnya ialah Allied Bank sebelum penggabungan dengan Philippine National Bank (Bank Kebangsaan Filipina) pada 2011. Bank ini mendapat namanya kerana banyak berkhidmat untuk petani kepala, tetapi bank ini juga berkhidmat untuk klien-klien lainnya.
UCPB mula beroperasi pada 15 Mei 1963, sebagai First United Bank (Philippines) dengan hanya empat pejabat cawangan, sebuah bank komersial kecil[3].
Asal-usul penubuhan UCPB bermula dengan Keputusan Presiden 755 (atau P.D. 755) dimana Presiden Ferdinand Marcos pada 29 Julai 1975 menyusun Philippine Coconut Authority (Lembaga Kelapa Filipina) untuk "merumuskan dan mengesyorkan untuk menggunapakai dasar kredit yang bekesan kepada pengeluaran, pemasaran, dan proses dari minyak kelapa dan sawit" dan "untuk menyediakan kemudahan kredit yang tersedia untuk petani kelapa dengan kadar bunga khas"[4]. PCA yang diketuai oleh Juan Ponce Enrile membeli saham 72,2% saham First United Bank yang dimiliki oleh Jose Cojuangco[5].
Cocobank oalah nama pendek rasmi dari bank ini pada 1980an dan awal 1990an.
Pada 1990an, UCPB bersama dengan Equitable Banking Corporation (kini Banco de Oro Universal Bank), Philippine National Bank dan the Far East Bank serta Trust Company (kini Bank of the Philippine Islands) membentuk MegaLink, satu dari tiga rangkaian antarabank terbesar di Filipina. Walaupun begitu, kemudian ATM UCPB sudah ada sejak 1980an, yang merupakan institusi kewangan pertama yang menawarkan kemudahan ATM. Ia menubuhkan cabang perkhidmatan pra-keperluan Cocoplans pada 1993.
Bank ini terlibat banyak projek pembangunan sosial dan aktiviti amal lainnya. Kini, UCPB merupakan salah satu bank terbesar Filipina, dengan 188 cawangan dan 279 ATM di seluruh negeri. Bank ini merupakan satu-satunya bank sejagat yang memiliki anak syarikat bank yang beroperasi di daerah pedesaan walaupun saat ini sudah digabung dengan induknya pada November 2005 kerana operasi perbankan yang mampat. UCPB merupakan ahli BancNet.
UCPB memiliki beberapa anak syarikat iaitu:
Kerana kedudukannya sebagai sebuah bank sejagat, UCPB memiliki saingan utama dari bank-bank besar Filipina lainnya seperti Metrobank, Banco de Oro, East West Unibank, BPI, Land Bank of the Philippines dan Philippine National Bank.