Yamani Hafez Musa | |
---|---|
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 Berkhidmat dengan Mohd Shahar Abdullah Timbalan I | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz |
Didahului oleh | Abd Rahim Bakri Mohd Shahar Abdullah |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Sipitang, Sabah | |
Dalam jawatan 7 Januari 2019 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Sapawi Ahmad |
Digantikan oleh | Matbali Musah |
Pengerusi FELCRA | |
Dalam jawatan 29 Julai 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Shabudin Yahaya |
Digantikan oleh | Ahmad Jazlan Yaakub |
Butiran peribadi | |
Lahir | Yamani Hafez bin Musa 31 Oktober 1978 Sabah, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2019) PPBM Sabah (2019-2022) GAGASAN (sejak 2023-) |
Sekutu gabungan politik lain | BN (sehingga 2019) PH (2019-2020) PN (2020-2022) GRS (sejak 2022-) |
Pasangan | Faizah Mohd Saufi |
Ibu bapa | Musa Aman (bapa)[1][2] |
Hubungan | Anifah Aman (Bapa saudara) |
Alma mater | Universiti Canterbury |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa (lahir 31 Oktober 1978) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sipitang. Pada tahun 2021, Yamani telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dalam Kabinet Ismail Sabri.[3]
Yamani merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman.[1][2][4] Beliau memiliki ijazah sarjana perdagangan dari Universiti Canterbury, New Zealand dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pada pilihan raya umum 2018, parti beliau UMNO meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Sipitang walaupun penyertaannya dalam politik ditentang oleh bapanya.[1][2][4] Beliau menghadapi calon baru Noor Hayaty Mustapha dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan seterusnya menang.[5][6]
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Yamani Hafez Musa (UMNO) | 12,038 | 37.8%2 | Noor Hayaty Mustapha (WARISAN) | 11,186 | 35.1%2 | ||
Catatan: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2 Berbeza % digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Setelah memenangi kerusi Parlimen Sipitang, beliau masih gagal untuk mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat Malaysia. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof memberikan tempoh sehingga 15 Januari 2019 untuk mengangkat sumpah jawatan bagi mengelak hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.[8] Yamani kemudiannya telah mengangkat sumpah jawatan pada 7 Januari 2019 lalu.[9]
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 29 Julai 2020 bagi menggantikan Datuk Shabudin Yahaya.[10]
|deadurl=
ignored (bantuan)