Dato' Haji Zainuddin Ismail DPNS (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jelebu | |
Dalam jawatan 2013–2017 | |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Digantikan oleh | Jalaluddin Alias |
Majoriti | 7,101 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Petaseh, Jelebu, Negeri Sembilan | 19 November 1959
Meninggal dunia | 5 Disember 2017 Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur | (umur 58)
Sebab kematian | Ketumbuhan otak |
Tempat persemadian | Kampung Petaseh, Kuala Klawang |
Parti politik | |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Haji Zainuddin Ismail (19 November 1959 - 5 Disember 2017) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Negeri Sembilan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Jelebu dari tahun 2013 hingga 2017 mewakili parti Barisan Nasional-UMNO.
Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2017 pada usia 58 tahun akibat ketumbuhan otak[1].
Disebabkan tahun tersebut telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut[2].
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P113 Jelebu | Zainuddin Ismail | BN-UMNO | 22,114 | Raj Munni Sabu | PAS | 15,013 | 7,101 |