Ahmad Maslan SMW (WP); DMSM, PJK (Melaka) | |
---|---|
Timbalan Menteri Kerja Raya | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Alexander Nanta Linggi |
Didahului oleh | Abdul Rahman Mohamad |
Timbalan Menteri Kewangan I | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Mohd Shahar Abdullah |
Digantikan oleh | Lim Hui Ying |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P164 Pontian, Johor [1] | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Hasni Mohammad |
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor | |
Menyandang jawatan Mac 2023 | |
Didahului oleh | Nur Jazlan Mohamed |
Ketua UMNO Bahagian Pontian | |
Menyandang jawatan Mac 2023 | |
Didahului oleh | Hasni Mohammad |
Setiausaha Agung UMNO | |
Dalam jawatan 12 Mac 2020 – 21 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Annuar Musa |
Digantikan oleh | Asyraf Wajdi Dusuki |
Setiausaha Agung Barisan Nasional | |
Dalam jawatan 5 Januari 2021 – 7 Jun 2021 | |
Didahului oleh | Annuar Musa |
Digantikan oleh | Zambry Abdul Kadir |
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Menteri | Mustapa Mohamed |
Didahului oleh | Hamim Samuri Lee Chee Leong |
Digantikan oleh | Ong Kian Ming |
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 Berkhidmat with Chua Tee Yong | |
Menteri | |
Didahului oleh | Awang Adek Hussin |
Digantikan oleh | Johari Abdul Ghani |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad bin Maslan 30 April 1966 Pontian, Johor, Persekutuan Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Noraini binti Sulaiman |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | Laman blog |
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (lahir 30 April 1966) merupakan seorang ahli politik dari UMNO - Barisan Nasional. Beliau merupakan Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia. Pada peringkat pusat parti, beliau ialah setiausaha agung UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih),peringkat akar umbi pula; timbalan ketua bahagian UMNO Pontian. [2]
Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. Beliau bersekolah Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri. Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.
Ahmad Maslan dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed . Beliau kini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Pontian.
Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang pernah disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Datuk Mustapa Mohamed, Tan Sri Mohd Yusof Noor dan Tan Sri Husein Ahmad. Antara tugasannya ialah menarik golongan muda menyertai UMNO. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada pemilihan agung UMNO 2016, beliau telah ditukarkan portfolionya daripada Ketua Penerangan UMNO kepada Ketua Biro IT UMNO. Jawatan lama beliau disandang oleh Tan Sri Annuar Musa yang merupakan bekas Pengerusi MARA pada 29 Januari 2016.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23121.
Calon lawan ialah Mohd Annuar Bin Mohd Salleh dari PKR mendapat 8,677 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.8 %. Undi rosak sebanyak 1008.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,804.
Calon lawan ialah Haniff @ Ghazali bin Hosman dari PKR mendapat 14,077 undi - Kalah . Dan mencatatkan majoriti sebanyak 13,727 undi. Undi PKR meningkat sebanyak 5,400 undi kerana pengundi muda mula memberi peluang dan ruang kepada PKR dan tidak yakin dengan kredibiliti YB Ahmad bin Maslan dari Barisan Nasional. Ahmad bin Maslan lebih popular di kawasan Benut dan tidak popular di kawasan Pontian Kechil.
Rakyat marhaen di kawasan ini lebih senang untuk berjumpa dan membuat aduan dengan Adun Pekan Nenas YB Yeo Tung Siong dari DAP. Ahmad bin Maslan lebih cenderung berada di tapak pasar malam dan pasar tani di kawasan Pontian untuk lebih mendekati rakyat marhaen.
Tahun | Penyandang | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah pengundi | Majoriti | Peratusan unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Ahmad Maslan (UMNO) | 23,121 | 70.48% | Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) | 8,677 | 26.45% | 32,806 | 14,444 | 75.83% | ||
2013 | Ahmad Maslan (UMNO) | 27,804 | 64.92% | Haniff @ Ghazali Hosman (PKR) | 14,077 | 32.87% | 42,831 | 13,727 | 86.30% | ||
2018 | Ahmad Maslan (UMNO) | 21,132 | 46.21% | Karmaine Sardini (PPBM) | 20,299 | 44.39% | 46,683 | 833 | 84.00% | ||
Baharom Mohamad (PAS) | 4,295 | 9.40% |
Selepas Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional[5] kerana sering mempertikaikan Pengerusi Barisan Nasional, pelantikan Ahmad sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh Ahmad Zahid Hamidi pula tidak mendapat persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.[6] Zambry Abdul Kadir kemudiannya dipilih menggantikan tempat beliau.[7]
Ahmad telah dicalonkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob bagi mewakili Barisan Nasional. Namun pencalonan itu tidak mendapat sokongan dari Perikatan Nasional terutamanya BERSATU, walaupun PAS menyokong[8] kerana Ahmad masih ada kes yang dibicarakan di mahkamah.[9] BERSATU telah menetapkan untuk berkecuali untuk mengundi jika Ahmad masih dicalonkan.[10] Nga Kor Ming pula dicalonkan oleh Pakatan Harapan.[11]