An Yu-jin ( Hangul: 안유진 ; lahir 1 September 2003), lebih dikenali secara mononim sebagai Yujin, ialah seorang penyanyi Korea Selatan. Dia merupakan ketua kumpulan gadis Korea Selatan Ive di bawah syarikat rakaman Starship Entertainment . [2] Yujin menjadi terkenal selepas mendapat tempat kelima dalam rancangan survival kumpulan gadis milik Mnet iaitu Produce 48, yang membolehkan dia membuat penampilan sulung sebagai ahli kumpulan gadis Iz*One yang aktif dari tahun 2018 sehingga 2021.
An dilahirkan pada 1 September 2003. Dia menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul . Off the Record mendedahkan pada tahun 2019 bahawa dia telah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupannya sebagai penyanyi idola dan aktiviti Iz*One serta dia akan bersekolah di rumah. [3]
Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018, An mewakili Starship Entertainment bersama Jang Won-young dan Cho Ka-hyeon dalam rancangan survival kumpulan gadis realiti Produce 48 . Dia akhirnya menduduki tempat kelima dan memulakan kerjaya dengan Iz*One . Album Extended play (EP) Color*Iz yang sulung telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, dengan "La Vie en Rose" sebagai single utamanya. [4][5][6]
Beberapa bulan selepas penampilan sulungnya bersama Iz*One, An menyertai pertandingan nyanyian, King of Mask Singer. Dia adalah pesaing termuda dalam sejarah rancangan itu (15 tahun dan 99 hari). [7][8] Sehingga 11 Disember 2020, dia masih merupakan peserta wanita termuda.
An telah diumumkan menjadi ahli tetap untuk rancangan My Little Television V2MBC, bersama Kim Gu-ra . [9][10] Bagaimanapun, dia telah dikeluarkan daripada rancangan itu bermula dari episod ke-34 kerana siasatan manipulasi undian Mnet . [11][12][13]
Sejak 2021, An telah menjadi pengacara Inkigayo bersama Sungchan NCT dan Jihoon Treasure . [14]
Selepas Iz*One dibubarkan pada April 2021, dia dan rakan sekumpulan Wonyoung kembali menjadi pelatih di Starship.
Pada 1 November 2021, Starship Entertainment mengumumkan bahawa An dan Wonyoung akan debut dalam kumpulan gadis baharu mereka Ive pada 1 Disember 2021. Kumpulan tersebutadalah kumpulan pertama mereka sejak Cravity pada April 2020 dan kumpulan gadis pertama mereka sejak WJSN pada Februari 2016. An, bersama-sama dengan Wonyoung, menjadi dua ahli pertama yang didedahkan kepada kumpulan itu. [2]Berikutan itu, kumpulan Ive memulakan kerjaya mereka dengan album single pertama mereka, Eleven.
^ abJin, Min-kyung (November 2, 2021). "스타쉽, 新 6인조 걸그룹 아이브(IVE) 론칭..팀 로고·SNS 오픈 [공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-02. Dicapai pada November 2, 2021 – melalui Naver. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ive" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ ab"트레저 지훈·NCT 성찬·아이즈원 안유진, '인기가요' 새 MC [공식]". Sports Donga. 2021-02-19. Dicapai pada 2021-02-18. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "inkigayo" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Lee Hae-jung (December 20, 2021). "아이브 안유진 '강철부대2' 출연 확정(공식)" [Ive Ahn Yu-jin confirmed to appear in 'Steel Troop 2' (official)] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada December 20, 2021 – melalui Naver.
^Lee Min-ji (June 3, 2022). "뿅뿅 지구오락실' 이은지-미미-이영지-안유진, 나영석PD 新 예능로 뭉친다" [Lee Eun-ji, Mimi, Lee Young-ji, Ahn Yu-jin, and Na Young-seok PD of 'Earth Arcade' unite in a new variety show] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada June 3, 2022 – melalui Naver.
^Ahn Byung-gil (May 20, 2022). "드림콘서트' 엔시티 도영-아이브 안유진 MC…25팀 뜬다" [Dream Concert’ NCT’s Doyoung and Ahn Yujin MC… 25 teams float] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Dicapai pada May 20, 2022 – melalui Naver.