Apam balik (Jawi: أڤم باليق ) atau juga dikenali sebagai apom balik, martabak manis (Jawi: مرتابق مانيس ) dan terang bulan (Jawi: ترڠ بولن ) (bahasa Inggeris: turnover pancake ;[1] Cina: 曼煎粿, Hokkien: Ban Chang Kueh,[2] Hanyu Pinyin: Màn Jiān Guǒ) merupakan sejenis kuih berupa apam tradisi Fujian sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.[3][4]
Kuih ini didatangkan dalam pelbagai nama beraneka:
Apam
Kuih
Martabak
Lain-lain
Adunannya diperbuat dari bancuhan tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.[5]
Apam besar besar dimasak di atas kuali tembaga manakala yang jenis kecil menggunakan dapur gas khas mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak sekaligus. Selepas kuali-kuali ini disapu mentega atau marjerin, adunannya dibubuh dan ditunggu masak sambil dimaniskan dengan taburan gula kasar dan kacang tanah hancur atau bijan serta perisa dipilih; apam yang sampai masak dilipat dua sebelum disajikan panas-panas.
Inti yang lazim didapati adalah dan jagung manis, tetapi ada juga inovasi pelbagai perisa seperti nestum, coklat, vanila, keju dan strawberi.
Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu: