Ayam goreng (Jawi: ايم ڬوريڠcode: ms is deprecated ) merupakan sebuah hidangan ayam yang digoreng celur dalam minyak kelapa atau sebagainya. Fahaman ayam goreng dengan fried chicken di barat tidak sama kerana bahan yang digunakan adalah berbeza. Berbeza daripada fried chickenSelatan Amerika Syarikat, jenis Asia Tenggara ini tidak disaluti bater atau pun tepung, dan lebih menggunakan rempah ratus.
}}
Campuran rempah berbeza mengikut tempat, tetapi ia mungkin mengandungi campuran bawang merah, bawang putih, daun salam, kunyit, serai, air asam jawa, buah keras, lengkuas, garam dan gula. Bahagian-bahagian ayam diperap dalam bahan rempahan buat seketika sebelum digoreng, supaya rempah diserap jauh ke dalam daging. Daging ayam juga mungkin dipanaskan untuk membantu rempah diserap. Selalunya dalam masakan Indonesia, ayam goreng telah pun separuh masak dengan kunyit. Dalam Jawa, proses ini dipanggil ungkep.
Ayam kemudian digoreng celur dalam minyak panas, selalunya minyak kelapa sawit atau minyak kelapa. Digoreng sehingga kuning keemasan. Varian yang lain seperti ayam goreng kremes menggoreng adunan tadi dengan tepung untuk menghasilkan serbuk rangup. Dalam resipi lain, serbuk ini dihasilkan dengan halia, lengkuas goreng, atau pun serondeng .
Ayam goreng selalunya dihidangkan dengan nasi, sambal belacan atau sambal kicap (cili potong dan bawang merah dengan kicap manis) sebagai pencecah dan potongan timun dan tomato sebagai ulam. Tempe dan tauhu boleh disertai sebagai tambahan.
Ayam goreng berempah: ayam goreng Melayu, digoreng sehingga kuning keperangan bersertakan serbuk tepung yang digoreng rangup.
Ayam goreng kunyit: ayam goreng Melayu yang didadu digoreng dengan kunyit.
Ayam goreng halia: ayam goreng Melayu dengan rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan halia, digoreng sehingga perang.
Ayam goreng juga merangkumi ayam goreng asing seperti fried chicken. Ayam goreng Amerika Syarikat dikenali sebagai ayam goreng tepung. Ayam goreng ini dapat dijumpai di kedai McDonald's di Malaysia.[11]
Jenis-jenis ayam goreng
Ayam bumbu, ayam goreng Minang dari restoran Aie Badarun, Tanah Datar.
Ayam goreng lado ijo, ayam goreng Minang dengan cili hijau