Ayam masak merah | |
---|---|
Jenis | Hidangan ayam |
Jenis sajian | hidangan utama |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Malaysia |
Dicipta oleh | Johor |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Ayam (potong dan goreng), cili, bawang putih, halia, bawang merah,bunga cengkih, buah pelaga, puri tomato[1] |
Keragaman/variasi | Ayam masak sambal, Ayam masak serai ,Ayam masak ros,Ayam masak sos, |
sunting · sunting di Wikidata |
Ayam masak merah (Jawi: ايم ماسق ميره ) ialah hidangan tradisional Malaysia.[2][3]Ia adalah kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato.[4] Potongan ayam terlebih dahulu digoreng hingga keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas. Kacang pea atau gajus kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan dihiasi dengan daun ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia.[5]
Hidangan ini biasa didapati ketika majlis keramaian seperti kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan kejiranan.
Nama | Bahan | Bahan utama | Tempat | Pencipta | Warna | Bau dan rasa |
---|---|---|---|---|---|---|
Ayam masak sambal | Bawang merah, Bawang putih, Halia, Cili kering | hanya bahan biasa | Malaysia | Melayu Malaysia | Merah cili kering | Bau sambal |
Ayam masak merah | Bawang merah, Bawang putih, Halia, Cili kering, Buah pelaga, Bunga cengkih bunga lawang, Serai, Tomato puri, Sos tomato, Sos cili Daun pandan, Daun bawang, Daun sup | Tomato puri, Serai, Bunga lawang, Bunga cengkih, Buah pelaga, Daun pandan, Daun | Johor | Melayu Johor | Merah tomato | Bau tomato |
Ayam masak serai | Bawang merah, Bawang putih, Halia, Cili kering, Serai banyak, Buah pelaga, Bunga cengkih | Serai banyak, Bunga cengkih, Buah pelaga | Johor | Melayu Johor | Merah terang | Bau serai |
Ayam masak ros | Bawang merah, Bawang putih, Halia, Lengkuas, Serai, Tomato puri, Buah pelaga, Bunga cengkih, Bunga lawang, Daun pandan, Susu sejat, Minyak sapi | Tomato puri, Minyak sapi, Susu sejat | Penang dan Kedah | Mamak | Merah pucat atau jingga | Bau tomato dan susu |
Ayam masak sos | Bawang merah, Bawang putih, Cili kering, Sos Tomato, Sos Cili, Sos tiram, Daun bawang | Sos cili, Sos tomato, Sos tiram | Restoran Patani | Siam dan Melayu semenanjung | Merah gelap sos Karamelise | Bau sos |