"Baby U!" adalah sebuah single yang dilancarkan oleh kumpulan muzik dari Korea Selatan, MBLAQ. Single ini adalah single kedua dalam bahasa Jepun bagi kumpulan ini dan ia dilancarkan oleh Sony Music Records Jepun pada 26 Oktober 2011.[1][2]
Pada bulan September 2011 telah diumumkan bahawa single MBLAQ ini akan digunakan sebagai tema pembukaan bagi sebuah siri anime Jepun iaitu Beelzebub.[3] Pada hari pelancaran single ini, ia telah berada dalam tangga nombor 2 di carta harian Oricon dan telah terjual sebanyak 22,000 salinan.[4][5] Sebagai sebahagian daripada promosi single ini, kumpulan MBLAQ telah mengembara ke Nagoya pada 28 Oktober, Osaka pada keesokannya dan di Tokyo pada 30 hari bulan. Pada 30 Oktober 2011 juga, 1,500 peminat telah dipilih daripada 12,500 orang yang berkumpul di Tokyo untuk menyertai persembahan secara langsung dan juga "Kejohanan Bingo Besar". Pada hari terakhir, 23,000 peminat telah berkumpul untuk acara khas dan persembahan oleh MBLAQ.[6]
No. | Tajuk | Seni kata | Masa | |
---|
1. | "Baby U!" | MIZUE, Cheondung (Thunder) | 4:01 |
2. | "Again" ("Lagi") | Tamami Matsui | 5:12 |
3. | "Your Luv" (Wasabii Remix) | Nept | 3:09 |
4. | "Baby U!" (TV Mix) | MIZUE, Cheondung (Thunder) | 1:31 |
Jumlah masa: 13:53 | |
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "Baby U!" (Video muzik) | |
|
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "Off Shot Movie" | |
|
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "BLAQ Impact Vol.1" (Off Shot Movie) | |
|
Single "Baby U!" telah mendapat kedudukan kedua di carta mingguan Oricon dengan jualan sebanyak 42,624 salinan pada minggu pertama.[2][7]. Lagu ini turut berada di tangga pertama dalam carta Billboard Hot Animation Chart di Jepun.[8]
Carta Oricon
|
Kedudukan tertinggi
|
Jualan debut
|
Jumlah jualan
|
Dalam carta
|
Carta Single Harian
|
2
|
42,624
|
44,000+
|
3 minggu
|
Carta Single Mingguan[9]
|
2
|
Carta Single Bulanan
|
14
|
|
---|
|
Album studio | |
---|
Himpunan khas | |
---|
Album mini | |
---|
Single | Korea | "Oh Yeah" · "G.O.O.D Luv" · "Y" · "One Better Day" · "Cry" · "Stay" · "Again" · "Mona Lisa" · "I Don't Know" · "Scribble" · "This Is War" · "Run" |
---|
Jepun | |
---|
|
---|
Album video (DVD) | Mona Lisa Style |
---|
Rancangan realiti TV | Idol Show (Musim 5) · Sesame Player (Musim 1) · MBLAQ's Hello Baby |
---|
Tajuk berkaitan | |
---|
|