Teks tebal
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Brendan Gan Seng Ling | |||||||||||||||||||||
Tarikh lahir | 3 Jun 1988 | |||||||||||||||||||||
Tempat lahir | Sutherland Shire, Australia | |||||||||||||||||||||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in) | |||||||||||||||||||||
Posisi permainan | Pemain tengah | |||||||||||||||||||||
Maklumat kelab | ||||||||||||||||||||||
Kelab terkini | Kuala Lumpur City | |||||||||||||||||||||
Nombor | 88 | |||||||||||||||||||||
Kerjaya remaja | ||||||||||||||||||||||
–1999 | Marton Hammers | |||||||||||||||||||||
2000–2007 | Sutherland Sharks | |||||||||||||||||||||
2008–2009 | Sydney FC | |||||||||||||||||||||
Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||||||||
2008 | Sutherland Sharks | 15 | (6) | |||||||||||||||||||
2008–2011 | Sydney FC | 38 | (5) | |||||||||||||||||||
2011 | Bonnyrigg White Eagles | 9 | (2) | |||||||||||||||||||
2011–2012 | Sabah | 19 | (2) | |||||||||||||||||||
2013–2014 | Rockdale City Suns | 22 | (3) | |||||||||||||||||||
2014–2016 | Kelantan | 31 | (0) | |||||||||||||||||||
2018–2019 | Perak | 28 | (5) | |||||||||||||||||||
2020–2023 | Selangor | 60 | (12) | |||||||||||||||||||
2024– | Kuala Lumpur City | 0 | (0) | |||||||||||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | ||||||||||||||||||||||
2014 | Malaysia B-23 | 5 | (0) | |||||||||||||||||||
2014– | Malaysia | 37 | (1) | |||||||||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 Febuari 2024 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024 |
Brendan Gan Seng Ling (Cina ringkas: 颜兴龙 ; Cina tradisional: 顏興龍 ; pinyin: Yán Xìng Lóng; lahir pada 3 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak yang kini bermain dengan pasukan Kuala Lumpur City dalam Liga Super Malaysia sebagai pemain tengah. Beliau dilahirkan di Australia namun beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.
Gan mula bermain bola sepak untuk kelab tempatan, Marton Hammers sebelum dia menandatangani perjanjian dengan Sutherland Sharks pada tahun 2000 ketika dia berusia dua belas tahun dan telah melalui gred belia mereka untuk membuat penampilan pertama untuk kelab pada itu tahun 2008. Beliau tidak pernah mengecewakan penyokongnya dengan persembahanya tiap-tiap minggu yang telah membawa beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Premier New South Wales.
Gan telah ditandatangani oleh Sydney FC untuk skuad Liga Belia Kebangsaan sebelum saingan daripada kelab A-League.[1][2] Pada 28 November 2008, beliau membuat penampilan pertama untuk Sydney FC menentang Queensland Roar dengan penampilan kameo selama 5 minit.[3][4] Pada 7 Disember, beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78 untuk Sydney FC menentang Newcastle Jets untuk memberikan mereka kemenangan pertama dalam 7 perlawanan.[5]
Gan telah diberikan penampilan pertama senior penuh pada 13 Disember menentang Central Coast Mariners.[6] Beliau menjaringkan gol kedua ketika menentang Melbourne Victory dengan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti.[7] Brendan menjaringkan gol ketiga seniornya menentang Wellington Phoenix dengan tandukan kuat dari sepakan sudut. Gol ini memberikan Sydney FC kemenangan 2–0 ke atas Wellington dan meletakkan mereka di tangga teratas, melonjakkan Gold Coast United. Pada 2 Disember 2010, hanya dalam permulaan keduanya untuk musim ini, dia menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 3–1, sekali lagi menentang Wellington Phoenix. Dia dibebaskan dari Sydney, bersama beberapa pemain lain pada akhir kempen Liga Juara-Juara AFC 2011.[8]
Gan menandatangani kontrak untuk Bonnyrigg White Eagles dalam Liga Perdana NSW, dan membuat penampilan pertama dalam perlawanan Pusingan 15 menentang Sydney United.
Pada 17 November 2011, Brendan Gan telah menyertai sebuah kelab Malaysia, Sabah FA sebagai salah satu daripada dua pemain asing yang dibenarkan di Liga Super Malaysia 2012. Brendan, bersama-sama dengan rakan senegaranya, Michael Baird telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Sabah.[9]
Karier Brendan Gan di Sabah hanya bertahan semusim sahaja. Pada tahun 2013, Brendan Gan kembali ke Australia dan menyertai kelab Rockdale City Suns.[10]
Pada November 2013, Gan kembali ke Malaysia dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab Liga Super Malaysia, Kelantan menjelang musim 2014. Dia sepatutnya didaftarkan sebagai pemain tempatan Kelantan tetapi tidak mendapat kelulusan FAM kerana menurut FAM, mana-mana pemain untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan diwajibkan memiliki kad pengenalan atau pasport Malaysia. Pada 6 April, beliau secara rasmi memperoleh kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia dan telah didaftarkan oleh Kelantan sebagai pemain tempatan semasa jendela perpindahan April 2014.[11][12][13][14]
Gan membuat penampilan pertama ketika perlawanan antara Kelantan menentang Terengganu yang berkesudahan 1–1. Dalam perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2015, Gan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate serius di lutut kanannya yang akan menghalangnya untuk hampir sepanjang musim 2015.[15] Pada September 2016, Brendan mengalami satu lagi kecederaan ACL, kali ini di lutut kirinya yang menyebabkan dia tidak bermain selama 10 bulan, menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Piala AFF 2016 di mana dia dilepaskan oleh kelab itu pada penghujung 2016.[16]
Selepas pulih daripada kecederaan ACL jangka panjang, Pada 15 Disember 2017, Gan menandatangani kontrak dengan Perak.[perlu rujukan] Pada 24 Februari 2018, Brendan bermain perlawanan bola sepak dalam lebih setahun semasa perlawanan menentang Pahang FA. Beliau akan bermain dalam perlawanan pusingan awal 2 Liga Juara-Juara AFC 2019 menentang kelab Hong Kong, Kitchee di mana beiau bermain sepanjang minit ke-120 membantu kelab itu mara ke pusingan play-off terakhir menentang Korea Ulsan Hyundai. Pada 8 Februari 2019, beliau menjaringkan gol pertama untuk kelab itu dalam keputusan seri 1–1 menentang Kedah FA.
Pada 1 Disember 2019, Gan secara rasmi menyertai kelab Liga Super Malaysia, Selangor. Pada Julai 2021, Gan disahkan menghidap kanser testis dan terlepas baki musim.[17][18] Pada Jun 2022, beliau kembali dengan keputusan 7–0 ke atas Sarawak United, menjaringkan dua gol. Beliau dilantik sebagai kapten Selangor sejak 2021. Pada penghujung musim Liga Super Malaysia 2023, Selangor mengesahkan pemergian Gan bersama mereka selepas empat musim bersama.[perlu rujukan]
Gan membuat penampilan pertama bersama Malaysia sebagai pemain berlebihan dengan pasukan Malaysia bawah-23 menentang Yemen bawah-23 dalam persiapan untuk Sukan Asia 2014.
Gan kemudiannya membuat untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Mac 2016 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Arab Saudi. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertama dalam kemenangan 2–1 ke atas Thailand semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022.
Gan dilahirkan di Australia kepada seorang ibu Australia dan bapa Malaysia dari Seremban, Negeri Sembilan.[perlu rujukan]
Pasukan | Musim | Liga | Piala[a] | Piala Liga[b] | Benua[c] | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Sutherland Sharks | 2008 | Liga Perdana NSW | 15 | 6 | 3 | 0 | – | 18 | 6 | |||
Jumlah | 15 | 6 | 3 | 0 | – | 18 | 6 | |||||
Sydney FC | 2008–09 | Liga-A | 9 | 2 | – | 9 | 2 | |||||
2009–10 | 19 | 1 | 3 | 0 | – | 22 | 1 | |||||
2010–11 | 10 | 2 | – | 10 | 2 | |||||||
2011–12 | – | 0 | 0 | |||||||||
Jumlah | 38 | 5 | 3 | 0 | – | 41 | 5 | |||||
Bonnyrigg White Eagles | 2011 | Liga Perdana NSW | 9 | 2 | 1 | 0 | – | 10 | 2 | |||
Jumlah | 9 | 2 | 1 | 0 | – | 10 | 2 | |||||
Sabah | 2012 | Liga Super Malaysia | 19 | 2 | 1 | 0 | – | 1 | 0 | 21 | 2 | |
Jumlah | 19 | 2 | 1 | 0 | – | 1 | 0 | 21 | 2 | |||
Rockdale City Suns | 2013 | Liga Perdana Nasional | 22 | 3 | 4 | 0 | – | 26 | 3 | |||
Jumlah | 22 | 3 | 4 | 0 | – | 26 | 3 | |||||
Kelantan | 2014 | Liga Super Malaysia | 13 | 0 | 2 | 0 | 8 | 0 | – | 23 | 0 | |
2015 | 1 | 0 | – | 1 | 0 | |||||||
2016 | 17 | 0 | 1 | 0 | 5 | 0 | – | 23 | 0 | |||
Jumlah | 31 | 0 | 3 | 0 | 13 | 0 | – | 47 | 0 | |||
Perak | 2018 | Liga Super Malaysia | 12 | 1 | 1 | 0 | 10 | 1 | – | 23 | 2 | |
2019 | 16 | 4 | 5 | 1 | 8 | 2 | 1 | 0 | 30 | 7 | ||
Jumlah | 28 | 5 | 6 | 1 | 18 | 3 | 1 | 0 | 53 | 9 | ||
Selangor | 2020 | Liga Super Malaysia | 10 | 4 | – | 1 | 0 | – | 11 | 4 | ||
2021 | 11 | 0 | – | 11 | 0 | |||||||
2022 | 16 | 5 | 3 | 0 | 7 | 0 | – | 26 | 5 | |||
2023 | 23 | 3 | 2 | 1 | 4 | 0 | – | 29 | 4 | |||
Jumlah | 60 | 12 | 5 | 1 | 12 | 0 | – | 77 | 13 | |||
Kuala Lumpur City | 2024–25 | Liga Super Malaysia | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | ||
Jumlah kerjaya | 222 | 35 | 26 | 2 | 43 | 3 | 2 | 0 | 293 | 40 |
Pasukan | Tahun | Kemunculan | Gol |
---|---|---|---|
Malaysia | 2016 | 7 | 0 |
2019 | 8 | 1 | |
2021 | 5 | 0 | |
2022 | 4 | 0 | |
2023 | 6 | 0 | |
2024 | 7 | 0 | |
Jumlah | 37 | 1 |
No | Tarikh | Tempat | Kap | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 14 November 2019 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | 14 | Thailand | 1–1 | 2–1 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 |