Bubur pedas | |
---|---|
![]() Bubur pedas dihidangkan dengan pisang goreng dan secawan kopi yang disajikan di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. | |
Nama alternatif | Bubur Sambas |
Jenis | Bubur nasi ![]() |
Jenis sajian | Hidangan |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Sambas[1] dan seluruh Kalimantan (merangkumi Sarawak)[2] |
Dicipta oleh | Bangsa tempatan Sambas (Dayak)[2] |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Untuk perisa: Bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, cili kering, kunyit, serai, lengkuas dan kelapa parut[3] Untuk bubur: Lobak merah, kentang, sayur daun, cendawan, tauhu, rebung, daun kunyit, kacang panjang, udang kering dan daging ditambah dengan perasa[3] |
Bahan yang biasa digunakan | Beras, Bilis, coriander seed, caraway seeds, bawang merah, bawang putih, daun serai, kelapa, keledek, Rebung buluh, Cili, asparagus bean, garam, kacang tanah ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bubur pedas atau bubur sambas adalah hidangan bubur tradisional bangsa tempatan Sambas (Dayak) yang berasal daripada bandar Sambas dekat negeri Kalimantan Barat (Indonesia). Berasal daripada Sambas, bubur pedas pada masa moden ini boleh pula ditemui dekat wilayah negara Sarawak yang bersempadan dengan Sambas, ia lazim disajikan pada bulan Ramadhan selepas umat Islam menamatkan puasa harian mereka ketika iftar.[4]
Bubur pedas diperbuat daripada beras halus dan kelapa parut. Stok dibuat sama ada dari tetelan (daging tulang seperti tulang rusuk) atau rebusan ayam. Bumbu rempah campuran termasuk bawang merah, bawang putih, cili merah, serai ketuk, lada hitam, lengkuas dan daun salam. Sejumlah sayur-sayuran, antara lain lobak merah, kangkung, daun pucuk paku dan daun kesum, kacang panjang, tauge, rebung buluh dan keledek dadu akan dimasukkan ke dalam periuk apabila bubur sedang dimasak. Bawang goreng, ikan bilis dan kacang ditambah di atas bubur pedas apabila dihidangkan. Jus limau nipis, kicap manis dan sambal juga boleh ditambah sebagai perasa.[5][6]
Bubur jenis ini berasal dari orang Melayu di Sambas di Kalimantan Barat[7] dan kemudian disesuaikan sebagai makanan untuk orang Melayu Sarawak.
In Sarawak, hot porridge or bubur pedas, that is the traditional food of the Malays is known to have been originated from Sambas and later it was adapted to be the food of the Sarawak Malays. The same can be said of the kek lapis Sarawak or the Sarawak ‘layered cake’. The form in which such food come into being indicated the socio cultural and economic evolvement during the traditional era which is nurtured until today[pautan mati kekal]