Dewa 19 | |
---|---|
Berasal dari | Surabaya, Indonesia |
Genre | Hard rock, Pop rock, Rock alternatif, Soft rock |
Tahun aktif | 1986–kini |
Syarikat rakaman | Team Records (1992–1994) Aquarius Musikindo (1994-2006) EMI (2006–2011) Republik Cinta Record GP Records Universal Music Indonesia |
Pengkarya berkait | Republik Cinta Management |
Laman sesawang | www.dewa19.com |
Ahli | Ahmad DhaniAndra JunaidiYuke SampurnaAgung Yudha |
Bekas ahli | Once Mekel Tyo Nugros Ari LassoErwin Prasetya (meninngal dunia) Wong Aksan Wawan Juniarso |
Kumpulan Dewa 19 adalah sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 1986 di Surabaya, Indonesia. Kumpulan ini telah beberapa kali mengalami pertukaran ahli dan ahli terakhir sehingga 2011 iaitu Ahmad Dhani (piano, gitar tambahan, vokal tambahan), Andra Ramadhan (gitar), Once Mekel (vokal), Yuke Sampurna (bes) dan Agung Yudha (dram). Setelah menguasai panggung-panggung festival di akhir era 1980-an, Dewa 19 kemudian berhijrah ke Jakarta dan menghasilkan album pertamanya pada tahun 1992 di bawah label Team Records.[1]
Kumpulan ini telah meraih kejayaan sepanjang dekad 1990-an dan 2001-an melalui rangkaian lagu-lagu bergenre pop dan rok. Album yang mereka hasilkan selalu mendapat sambutan bagus di pasaran, bahkan album mereka yang dilancarkan pada tahun 2001, Bintang Lima, merupakan salah satu album terlaris di Indonesia dengan penjualan hampir 2 juta keping.[2][3] [4] Pada tahun 2005, majalah Hai menobatkan Dewa 19 sebagai band terkaya di Indonesia dengan pendapatan mencapai lebih dari 14 bilion rupiah setahun.[5] Di tengah kejayaan yang diraihnya, kumpulan ini sempat beberapa kali terjebak dengan masalah undang-undang, termasuk masalah pelanggaran hak cipta dan perseteruan dengan pertubuhan massa Islam.[6][7]
Kumpulan Dewa 19 pertama kali dibentuk pada tahun 1986 oleh empat siswa SMP 6 Surabaya, dengan akronim nama mereka Dhani Ahmad Prasetyo (papan nada, vokal), Andra (bes), Wawan Juniarso (dram), dan Andra Junaidi (gitar); dengan markas di rumah Wawan yang berada di dalam kompleks Universiti Airlangga (Unair) Surabaya.[1][8]
Kerana merasa berbeza aliran, Wawan memutuskan keluar dari Dewa tahun 1988 dan bergabung dengan Outsider yang antara lain dianggotai oleh Ari Lasso.[8] Nama Dewa berubah menjadi Down Beat. Nama kumpulan Down Beat waktu itu cukup terkenal di Jawa Timur, Indonesia.[1]
Ketika nama kumpulan Slank berkibar, Wawan kembali dipanggil untuk menghidupkan Dewa, dengan mengajak pula Ari Lasso. Nama Down Beat pun berubah menjadi Dewa 19, kerana waktu itu rata-rata usia ahlinya berusia 19 tahun.[8] Kerana di Surabaya waktu itu tidak ada studio yang memenuhi syarat, mereka terpaksa ke Jakarta. Setelah ditolak oleh sejumlah syarikat rakaman, akhirnya rakaman induk kumpulan Dewa 19 dihasilkan oleh Team Records.[1][9]
Album pertamanya, album Dewa 19, dilancarkan tahun 1992. Di luar dugaan, album ini meletup di pasaran, hingga meraih penghargaan dari BASF untuk kategori Pendatang Baru Terbaik dan Album Terlaris 1993.[1]
Ketika pembuatan album Format Masa Depan, Wawan keluar lagi kerana tidak adanya kesesuaian di antaranya. Di album ini Dewa 19 memperoleh bantuan dari Rere (sekarang pemain dram ADA Band) untuk kedudukan pemain dram. Setelah album Terbaik-Terbaik selesai, masuklah Wong Aksan menempati kedudukan ini. Setelah menyelesaikan pembuatan album Pandawa Lima pada tahun 1998 Wong Aksan meninggalkan kumpulan tersebut, dan digantikan oleh Bimo Sulaksono (bekas ahli kumpulan Netral). Tak lama kemudian Bimo keluar juga dari kumpulan ini dan mengajak dengan Bebi untuk membentuk kumpulan Romeo.[1]
Selain masalah pergantian ahlinya, Dewa 19 juga mengalami masalah akibat dua ahlinya Ari Lasso dan Erwin Prasetya mengalami ketagihan dadah. Erwin terpaksa mendapatkan rawatan dari sekolah pondok untuk menghilangkan kebiasaan buruknya itu, dan akhirnya sembuh. Ari Lasso yang sulit dihubungi memaksa Dhani mengganti kedudukannya sebagai vokalis dengan Once.[10][11] Kedudukan pemain dram yang kosong diisi oleh Tyo Nugros.[1] Dalam albumnya yang kelima Bintang Lima pada tahun 2001, nama kumpulan ini berubah menjadi Dewa. Masuknya Once dan Tyo Nugros ternyata membawa angin segar dengan meledaknya album Bintang Lima ini.[12] Erwin Prasetya yang sebelumnya terjerat dadah kemudian masuk kembali menjadi pemain bes.
Setelah menghasilkan album tahun 2002 Cintailah Cinta,[13] sejumlah masalah muncul. Lagu "Arjuna Mencari Cinta" terganggu oleh isu-isu hak cipta dan akhirnya band ini terpaksa menukar namanya menjadi "Arjuna" saja.[6] Erwin keluar kerana perbezaan dengan pengurusan band[14][15] dan digantikan oleh Yuke Sampurna, bekas pemain bes The Groove.[16] Pada tahun 2004 Dewa menghasilkan album langsung berjudul Atas Nama Cinta I & II, diikuti oleh album studio Laskar Cinta.[17] Pada tahun yang sama Dewa berubah nama menjadi Dewa 19 semula. Pada tahun 2006 album studio kelapan Republik Cinta dikeluarkan.[18][17] Album ini telah melahirkan tiga hit single radio: "Laskar Cinta", "Selimut Hati" dan "Sedang Ingin Bercinta".
Pada tahun 2009, Dewa 19 kehilangan Tyo Nugros kerana sakit di kaki, yang bererti ia tidak boleh bermain dram untuk jangka masa lama.[19] Kedudukan pemain dram kemudian diberikan kepada Agung Yudha.[20][21]
Sekarang, ahli Dewa memiliki projek sampingan mereka sendiri. Dhani kini juga bermain untuk The Rock, Andra bermain gitar untuk bandnya sendiri Andra and the BackBone,[22] dan juga Once mengembangkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi solo.