Echo Night | |
---|---|
Pembangun | From Software |
Penerbit | |
Pengarah | Akinori Kaneko |
Pengeluar | Toshifumi Nabeshima |
Pereka | Sakumi Watanabe |
Penulis | Toshifumi Nabeshima |
Komposer | Tsukasa Saitoh Kota Hoshino |
Siri | Echo Night |
Platform | PlayStation, PlayStation Network |
Pelepasan | PlayStation PlayStation Network |
Genre | Pengembaraan diri-pertama Seram survival |
Mod | Pemain tunggal |
Echo Night (エコー ナイト , Ekō Naito) adalah permainan video pengembaraan 1998 yang dibangunkan oleh From Software untuk PlayStation.[3] Ia dikeluarkan di Jepun pada 1998 dan di Amerika Utara pada 1999. Ini adalah permainan pertama dalam siri Echo Night, setelah Echo Night 2: The Lord of Nightmares eksklusif di Jepun pada 1999, dan Echo Night: Beyond pada 2004.
Cerita ini berkisar mengenai Richard Osmond, protagonis permainan dan perjalanannya untuk mengetahui apa yang berlaku pada kapal Orpheus, yang secara misteri hilang di laut. Cerita ini juga mengungkap misteri mengenai dua batu yang mengandungi semacam kekuatan ghaib.
Echo Night dimainkan dari perspektif diri-pertama. Semasa berhadapan dengan hantu, pemain mesti menyalakan lampu di dalam bilik dengan menggunakan suis lampu. Pemain sering dibawa ke masa lampau melalui lembaga atau objek tertentu. Setelah pemain memenuhi tugas yang penting, roh lembaga akan lenyap dan menjatuhkan "Astral Piece" yang boleh digunakan untuk mendapatkan babak penamat yang berbeza.
Richard Osmond, seorang lelaki berumur 25 tahun melawat rumah ayahnya yang dilaporkan telah terjadi suatu peristiwa yang misteri. Kehilangan ayahnya, Henry Osmond, menimbulkan tanda tanya yang menjurus Richard untuk memeriksa rumah berkenaan. Setelah memeriksa objek dan barang yang ada di lantai, Richard dimasukkan ke dalam sebuah imbas kembali tentang kisah ayahnya yang mengejar seorang lelaki tua bernama William Rockwell, yang memiliki sebuah pisau yang diukir dengan 'Red Stone' (Batu Merah). Richard kemudian memandang kepada sebuah lukisan, di dalam lukisan berkenaan ialah kapal 'Orpheus', yang dikatakan hilang di dalam sebuah ribut. Richard kemudian 'ditarik' ke dalam alam lukisan berkenaan dan dari sini dia memulakan pengembaraan dalam mencari kebenaraan mengenai ayahnya serta misteri 'Red Stone'.
Penerimaan | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Permainan ini menerima ulasan "bercampur" menurut laman sesawang agregator ulasan GameRankings.[4]
Majalah permainan Jepun Famitsu memberikan permainan skor 32 daripada 40.[3]