Gemas
Gomeh | |
---|---|
Pekan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Tampin |
Luak | Pasir Besar |
Pentadbiran | |
• Ahli Dewan Undangan Negeri (N34) | YB Dato' Abd. Razak bin Ab. Said |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 29,777 |
• Demonim | Orang Gemas |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Kod panggilan kebangsaan | 07 |
Gemas (sebutan dalam loghat tempatan: Gomeh, Jawi: ڬمس) merupakan sebuah bandar kecil di Daerah Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran sempadan dengan negeri Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama, iaitu pusat bandar terletak di Negeri Sembilan, manakala Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas terletak sekitar 165 km ke selatan Kuala Lumpur, 101 km dari Seremban, 54 km dari Tampin, 75 km dari Rembau dan 32 km dari Bandar Segamat.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan telah tamat beroperasi selepas sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina pada tahun 2013. Kini, stesen kereta api lama Gemas telah diubahsuai menjadi sebuah muzium.
Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m dari paras laut.
Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan Rumah Rehat Gemas. Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan [perlu rujukan] mengenai nama logam iaitu "Gold" dan "Omeh" (emas dalam loghat tempatan), yang lama-kelamaannya bercantum menjadi "Gomeh" dan akhirnya dipiawaikan ejaannya sebagai Gemas.
Penduduk asal adalah keturunan orang Melayu Asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan pengikutnya dari Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang.
Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh yang terletak di Sungai Kelamah berhampiran Gemas merupakan tapak pertempuran sengit antara Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun) Tentera Empayar Jepun dan Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF) dari Batalion ke 2/30, Division ke-8. Pegawai Memerintah Pasukan adalah Leftenan Kolonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh (Jambatan Sungai Kelamah) merupakan jambatan kayu merentasi Sungai Gemencheh yang menghubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini untuk mara ke Gemas.
Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.
Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.
Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.
Bandar/Pekan | Jarak (km) |
---|---|
Kuala Lumpur | 165 |
Seremban | 101 |
Port Dickson | 127 |
Rembau | 76 |
Tampin | 53 |
Gemencheh | 27 |
Bandaraya Melaka | 90 |
Alor Gajah | 68 |
Rompin | 17 |
Bahau | 34 |
Batu Kikir | 43 |
Kuala Pilah | 62 |
Bandar Seri Jempol | 45 |
Temerloh | 124 |
Segamat | 32 |
Batu Pahat | 131 |
Gemas menjadi penting kerana di sini landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan. Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.
Jalan raya pula menghubungkan Gemas dengan Segamat di Johor, Rompin dan Bahau di utara. Selain itu jalan raya menghubungkan Gemas dengan Melaka dan Johor melalui pekan Ayer Kuning dan terus ke Simpang Bekoh.
Sungai Gemas, Sungai Muar dan Sungai Gemencheh mengairi kawasan pertanian, getah , kelapa sawit ,sayur-sayuran dan buah-buahan di Gemas. Di barat daya terletaknya Gunung Ledang (1,276 m). Bukit Berot adalah bukit yang tertinggi di Gemas.
Antara tempat yang berhampiran dengan Gemas ialah Sungai Kelamah (Felda), Kampung Pasir Besar, Felda Pasir Besar, Perhentian Londah, Kampung Pudu, Batu Enam, Buluh Kasap, Kampung Tebing Tinggi, Ayer Kuning Selatan, Kampung Ayer Gelugor dan Kampung Sungai Dua, Felda Gugusan Jelai, Felda Gugusan Palong serta Rompin.
Lain-lain ialah Kampung Tengah (7.8 nm), Air Kuning Selatan (7.8 nm),Kampung Sungai Dua (6.0 nm), Kampung Bangka Hulu (1.0 nm),Kampung Ladang (1.0 nm), Kampung Ulu Ladang,Kampung Bentan 1.4 nm), Delta Village (6.1 nm), Kampung Sungai Siput (9.9 nm), Kampung Relau (11.0 nm), Kampung Permatang Panjang (10.3 nm) dan Kampung Kubu Dedap.
TH P ladang pasir besar box 30 gemas
Bukit Rokan, Negeri Sembilan | Bahau, Negeri Sembilan | Bandar Muadzam Shah, Pahang | ||
Gemencheh, Negeri Sembilan | Segamat, Johor | |||
Gemas | ||||
Batang Melaka, Melaka | Asahan, Melaka | Gunung Ledang, Johor |