Heron | |
---|---|
Peranan | Pesawat pejuang sayap berkembar |
Negara pengeluar | United Kingdom |
Pengeluar | Hawker Aircraft |
Penerbangan pertama | 1925 |
Status | Prototype |
Jumlah dibina | 1 |
Hawker Heron ialah pesawat pejuang pertama yang direka oleh syarikat Hawker Aircraft dengan asas struktur logam. Ketua perekanya Sydney Camm telah memperkenalkan apa yang menjadi struktur tipikal untuk semua pesawat Hawker sehingga pengenalan pesawat Hawker P.1040 berkuasa jet. Struktur ini terdiri daripada tiub logam (keluli atau aluminium) dengan hujungnya dilengkapi penghubung supaya ia boleh disambungkan antara satu sama lain melalui " fishplates " dan bolt (kadang-kadang dengan ferrules untuk melindungi tiub).
Pada tahun 1924 satu usaha sama swasta telah diadakan untuk menukarkan struktur kayu badan pesawat Hawker Woodcock kepada logam sepenuhnya. Penukaran struktur ini bagaimanapun telah menghasilkan sebuah pesawat baharu seluruhnya yang dinamakan Hawker Heron. [1]
Pesawat Heron merupakan pesawat sayap berkembar satu petak dengan struktur logam dan dilitupi dengan fabrik. Ia dikuasakan enjin Bristol Jupiter VI 455 kuasa kuda (339 kW) untuk memacu bebaling kayu. Bebaling keluli juga digunakan tetapi tiada sebarang peningkatan prestasi yang ketara. Pesawat ini dilengkapkan dengan mesingan Vickers .303 inci (7.7 mm)
Kementerian Udara mengeluarkan Spesifikasi 25/24 kepada Syarikat Hawker Aircraft supaya membina pesawat darat pejuang berkelajuan tinggi satu tempat duduk dan prototaip telah ditempah untuk penilaian. [2] Penerbangan pertama prototaip bernombor siri J6989, diterbangkan oleh PSW Bulman t pada tahun 1925. Walaupun lebih berat berbanding pesawat Woodcock yang berkuasa serupa, kelajuannya adalah 15 mph (24 km/j) lebih pantas dan mendapat pujian daripada juruterbang yang menerbangkannya kerana ciri pengendaliannya yang sangat baik. [3] Oleh kerana tidak mendapat minat Kementerian Udara, hanya sebuah pesawat telah dibina dan ia dikembalikan kepada Hawker Aircraft selepas ujian.
Data dari Hawker Aircraft since 1919 [4]
Ciri-ciri umum
Prestasi
Persenjataan
Pembangunan berkaitan