Jeong Yun-o ( Hangul: 정윤오 ; lahir Jeong Jae-hyun ( Hangul: 정재현 ); 14 Februari 1997), lebih dikenali dengan nama panggungnya Jaehyun. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Jaehyun merupakan salah seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan NCT dan sub-unitnya NCT U dan NCT 127, memulakan kerjaya pada April 2016 sebagai ahli unit bergilir NCT U dan sebagai ahli unit tetap NCT 127 yang bertapak di Seoul pada Julai 2016.
Jaehyun pernah menjadi hos program televisyen Inkigayo dari Oktober 2019 hingga Februari 2021. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pelakon dengan menjadi peranan utama dalam siri televisyen kolej-romantik Dear. M (2022).
Jaehyun dilahirkan pada 14 Februari 1997, di Daerah Seocho, Seoul, Korea Selatan. [1] Walaupun dia dilahirkan sebagai Jeong Jae-hyun ( Hangul: 정재현 ), dia kemudiannya secara sah menukar namanya kepada Jeong Yun-o ( Hangul: 정윤오 ). [1] Jaehyun tinggal dan belajar di Connecticut, Amerika Syarikat dari umur lima sehingga 10 tahun dan menggunakan nama Inggeris Jay Jeong. [2] Oleh itu, dia fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Korea. Jaehyun mula berminat dalam bidang muzik sejak usia muda kerana pengaruh ibu bapanya, dan mempelajari cara bermain gitar dan piano. Kemudian, beliau mula menyanyi semasa berada di sekolah menengah. Neneknya yang merupakan seorang penari profesional yang sudah bersara, membantunya dalam latihan tarian. [3] [4] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Shindong dan Sekolah Menengah Tinggi Apgujeong. Beliau berpindah ke Sekolah Seni Persembahan Seoul pada tahun kedua menengah tinggi dan menamatkan pengajian pada tahun 2016. [5] [6] Jaehyun pernah menjawat jawatan sebagai presiden majlis pelajar. [3]
Jaehyun dipilih untuk menghadiri uji bakat di SM Entertainment pada tahun 2012 setelah ditemui oleh pencari bakat di hadapan sekolahnya. beliau mengikuti uji bakat dengan persembahan " Mama " yang dinyanyikan oleh Exo . [2] Pada 9 Disember 2013, beliau telah diperkenalkan sebagai ahli pasukan pelatih pra-debut, SM Rookies . [7] Pada tahun 2014, dia mengambil bahagian bersama ahli-ahli NCT dalam rancangan Exo 90:2014. Dalam rancangan tersebut, mereka mempersembahkan lagu-lagu dari tahun 1990-an. [8] Dari 21 Januari hingga 1 Julai 2015, beliau dan rakan sekumpulannya Doyoung menjadi pengacara di Show Champion . [9] Pada Julai 2015, dia dan ahli NCT yang lain, iaitu Ten bertanding dalam Hope Basketball All-Star . [10] Pada Disember 2015, Jaehyun membuat persembahan " A Whole New World " di Kelab Mickey Mouse, Disney Channel Korea. [2]
Pada April 2016, Jaehyun secara rasminya memulakan kerjaya sebagai ahli sub-unit pertama NCT, iaitu NCT U, dengan lagu single " The 7th Sense " dan " Without You ". [11] Pada 10 Julai, dia membuat debutnya sebagai ahli NCT 127 dengan albumEP pertama mereka, NCT#127 . [12] Pada Mac 2017, Jaehyun menyertai rancangan radio NCT Night Night sebagai DJ bersama ahli NCT127, Johnny. [13] Pada November 2017, Jaehyun dan Dear mengeluarkan lagu "Try Again" di bawah projek SM Station . [14] Pada bulan Disember, beliau muncul dalam video muzik "The Little Match Girl" yang dinyanyikan oleh Wendy dan Baek A-yeon . [15] Pada Januari 2018, Jaehyun mengeluarkan single "Timeless" bersama barisan NCT U baharu yang merupakan sebahagian daripada projek SM Station . [16]
Pada Oktober 2019, Jaehyun menjadi salah seorang pengacara program muzik Korea Selatan Inkigayo bersama Minhyuk dan Naeun, yang disiarkan pada setiap hari Ahad. [17] Pada 4 September 2020, Jaehyun telah membuat debut lakonannya dalam drama KBS2 Dear. M, yang ditayangkan pada tahun 2021. Beliau melakonkan watak sebagai Cha Min-ho, pelajar tahun kedua di Jabatan Sains Komputer di Universiti Seoyeon. [18] Namun, drama itu ditangguhkan untuk ditayangkan selepas pelakon utama, Park Hye-su, dikhabarkan pernah menjadi pembuli semasa zaman persekolahan. [19] Selepas hampir dua tahun ditangguhkan, enam episod pertama Dear. M telah disiarkan secara global pada 29 Jun 2022 melalui perkhidmatan penstriman Viki . [20] Episod berikutnya telah dikeluarkan pada 6 Julai 2022.
Pada 2 November 2021, Jaehyun telah disahkan membintangi siri web KakaoTV, pembikinan semula filem Korea Selatan tahun 2001 Bungee Jumping of Their Own. Beliau sepatutnya memegang watak utama, iaitu Im Hyun-bin. [21] Pada 9 Disember tahun yang sama, semasa pra-produksi, KakaoTV telah mengumumkan bahawa projek itu dibatalkan kerana kebimbangan terhadap plot LGBT daripada penulis skrip filem asal. [22] Pada 18 Ogos, Jaehyun mengeluarkan single pertamanya " Forever Only " yang merupakan sebahagian daripada NCT Lab . "Forever Only" merupakan sebuah lagu bergenre R&B dan liriknya ditulis oleh Jaehyun. [23]
Berikutan pelbagai kerjasama yang berjaya dengan Prada, jenama itu memilih Jaehyun sebagai duta pada tahun 2022, memetik pengaruh dan gaya fesyennya yang unik sebagai alasan. [24]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|---|
2015 | Show Champion | Pengacara | bersama Doyoung | [9] |
2017 | Law of the Jungle | Peserta | [25] | |
2019-2021 | Inkigayo | Pengacara | bersama Minhyuk dan Lee Na-eun | [17] |
2022 | Dear. M | Cha Min-ho | Watak utama | [18][19] |
Tahun | Tajuk | Rujukan |
---|---|---|
2017-2019 | NCT Night Night | [13] |
Tajuk | tahun | Kedudukan dalam carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [25] |
AS dunia [26] |
VIE [27] | |||
"Try Again" (with d.ear) |
2017 | — | — | 95 | <i id="mw_g">SM Station Musim 2</i> |
" Forever Only " | 2022 | 120 | 14 | — | NCT Lab |
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan dalam rantau itu. |
Semua kredit lagu diadaptasi daripada pangkalan data Persatuan Hak Cipta Muzik Korea, kecuali disebut sebaliknya. [28]
Lagu | Artis | Penulis | Album | tahun |
---|---|---|---|---|
"Dancing in the Rain" | NCT U | Jaehyun Ji Yu-ri Jinli Simon Petrén Andreas Öberg Ninos Hanna |
NCT 2020 Resonance Pt. 1 | 2020 |
"Fire Truck" | NCT 127 | Jaehyun Taeyong Mark Lee Seu-ran Ylva Dimberg LDN Noise Jeremy "Tay" Jasper |
NCT #127 | 2016 |
" Forever Only " | Jaehyun | Jaehyun Ellie Suh Dewain Whitmore Jr. Tido Nguyen Micah Premnath |
NCT Lab | 2022 |
<ref>
tidak sah, nama "MTV" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza