Kamen Rider Decade | |
---|---|
Format | Tokusatsu |
Pencipta | Shotaro Ishinomori |
Ditulis oleh | Sho Aikawa, Shoji Yonemura, Yasuko Kobayashi, Kenji Konuta |
Pengarah | Ryuta Tasaki, Osamu Kaneda, Takao Nagaishi, Takayuki Shibasaki, Hidenori Ishida, Naomi Tamura |
Dibintangi oleh | Masahiro Inoue Kimito Totani Ryouta Murai Kanna Mori Alice Hirose Yoshihiko Narimatsu Ernique Sakamoto Renji Ishibashi |
Pencerita suara latar | Eiichiro Suzuki |
Lagu pembukaan | "Journey through the Decade" oleh Gackt |
Lagu penutup | "Ride the Wind" oleh Tsukasa Kadoya, Treasure Sniper oleh Daiki Kaitoh |
Penggubah | Shuhei Naruse Kōtarō Nakagawa |
Negara asal | Jepun |
Bahasa | Jepun |
Bilangan episod | 31 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Atsushi Kaji Shinichiro Shirakura Naomi Takebe Kenichi Wasano |
Tempoh siaran | 24-25 minit (setiap episod) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Asahi |
Siaran asal | 2009-01-25 – 2009-08-30 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kamen Rider Kiva |
Diikuti oleh | Kamen Rider Double |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kamen Rider Decade (仮面ライダーディケイド , Kamen Raidā Dikeido, Masked Rider DCD, Masked Rider Decade) ialah judul kepada siri 2009 dan terbaru siri tokusatsu Kamen Rider. Decade (dekad), seperti yang ditandakan namanya, ialah siri kesepuluh siri Kamen Rider, setelah bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Ia mula disiarkan seminggu selepas episod terakhir Kamen Rider Kiva dan dipaparkan dalam Super Hero Time bersama dengaan edisi 2009 siri Super Sentai, Samurai Sentai Shinkenger. Ceritanya melibatkan kesemua sembilan siri Kamen Rider sebelumnya. Ungkapan penarik siri ini ialah "Musnahkan semuanya, sambungkan semuanya." (全てを破壊し、全てを繋げ , Subete o hakaishi, subete o tsunage).
Inoue Masahiro yang pernah melakonkan Atobe Keigo dalam pementasan Prince of Tennis telah dipilih untuk melakonkan watak utama Kadoya Tsukasa/Kamen Rider Decade. Turut terlibat ialah Mori Kanna sebagai Hikari Natsumi, pelakon suara Ishibanji Renji sebagai datuk Natsumi, Hikari Eijiro dan Totani Kimito sebagai Kaito Daiki/Kamen Rider Diend. Ahli pelakon yang lain, Okuda Tatsuhito sebagai lelaki misteri, Narutaki. Murai Ryouta telah berlakon sebagai Onodera Yuusuke yang merupakan Kuuga 'baru'.
Siri ini mengenai sembilan dunia Kamen Rider Heisei yang pada asalnya wujud secara berasingan kini telah bergabung menjadi satu. Dimensi-dimensi ini menjadi kucar-kacir dan musuh dari setiap dunia mula muncul secara serentak. Kadoya Tsukasa berubah menjadi Kamen Rider Decade untuk melindungi dimensinya dengan menewaskan setiap Kamen Rider dan mendapatkan kuasa mereka. Decade menukarkan kuasa Rider lain kepada kad yang disimpan di dalam tali pinggangnya.
Inoue Masahiro melakonkan watak utama Decade sebanyak 30 episod. Episod terakhir bermula dalam tv-kun iatu 31.
Didahului oleh Kiva |
Kamen Rider 2009 |
Diikuti oleh: Double |