Kepala Batas

Kepala Batas
Bandar
Negara Malaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
Poskod
13200
Lokasi Kepala Batas di Peta Google

Kepala Batas merupakan sebuah bandar dan Kompleks Pejabat Kerajaan bagi daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di tengah perjalanan antara Butterworth ke Sungai Petani, terletak 30 km dari George Town.

Mantan Ahli Parlimen Kepala Batas iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi adalah anak kelahiran Kepala Batas.

Kepala Batas ini terletak di antara Penaga di sebelah utara dan barat, manakala Tasek Gelugor di sebelah selatan dan timur. Ia merupakan kawasan paling utara di Pulau Pinang dan bersempadan dengan Kedah.

Asal usul nama

[sunting | sunting sumber]

'Kepala Batas' bermaksud bahagian depan sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.

Sebagai kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bund dalam bahasa Inggeris. Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Antara pusat pengajian tinggi yang ada di Kepala Batas adalah:


Manakala sekolah menengah adalah:

  1. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
  2. MRSM Kepala Batas
  3. SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir

Kemudahan Awam

[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan awam di Kepala Batas termasuk

  1. Hospital Kepala Batas
  2. Klinik Kesihatan Kepala Batas
  3. Klinik Pergigian Kepala Batas
  4. Kompleks Sukan MBSP, Bertam
  5. Balai Polis Kepala Batas
  6. Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas
  7. Dewan Millenium
  8. Pejabat Pos
  9. Pasar Awam
  10. Mahkamah Rendah Shariah Seberang Perai Utara
  11. Perpustakaan Daerah Seberang Perai Utara

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Kepala Batas dihubungkan melalui Lebuh Raya Utara Selatan di persimpangan Bertam ke arah utara dan persimpangan Sungai Dua ke arah Selatan. Jalan Persekutuan menghubungkan Pulang Pinang dengan Kedah dan Perak turut melalui Kepala Batas.

Terminal Bas Dato' Kailan menyediakan laluan Kepala Batas ke Penang Sentral melalui bas Rapid Penang 601, ke Bukit Mertajam melalui bas Rapid Penang 606, manakala bas 610 pula ke Tasek Gelugor.[1]

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]
  1. Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
  2. Bertam Resort & Water Park Penang
  3. Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas
  4. Penang Golf Resort
  1. ^ "Poskod Kepala Batas, Pulau Pinang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  2. ^ "Gazetir Negeri Pulau Pinang Pulau Muntiara". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. 2015. Dicapai pada 27 Mac 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]