Latok

Latok
Sepinggan latok segar
dijamu di Okinawa, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. lentillifera
Nama binomial
Caulerpa lentillifera

Latok, latoh atau nama saintifiknya Caulerpa lentillifera adalah merupakan sejenis rumpai laut dari spesies Caulerpa yang dikenali berupa gugusan dengan tekstur yang lembut.

Rumpai ini banyak diternak di pesisir pantai kepulauan Filipina dan Borneo di Asia Tenggara serta sekitar Kepulauan Okinawa, Jepun, di mana rumpai ini biasanya dimakan segar dan mentah begitu sahaja sebaik dituai.[1][2]

Latok
Jamuan latok berbumbu di Filipina
JenisPembuka selera
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauSabah
Dicipta olehSuku Suluk, Bajau
Bahan utamaRumpai laut anggur, limau, cili, bawang merah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latok merupakan sumber makanan sangat didambakan dalam masakan Sabah terutamanya dalam kalangan masyarakat Suluk dan Bajau Laut;[3][4][5] ia boleh didapati terjual di pasar-pasar atau tamu mingguan, bazar Ramadan dan restoran makanan laut.[6] Ia boleh dimakan mentah atau dihidangkan dengan campuran perahan limau kesturi, bawang serta cili padi sebagai pembuka selera.[7] Latok juga dimakan bersama nasi panas dan ikan yu panggang seperti ulam.[8]

Latok juga menjadi pilihan bahan diramu masyarakat Melayu pesisiran sekitar rantau Johor, Singapura dan kepulauan Riau (dengan nama latoh).[9]

C. lentillifera biasanya dimakan oleh penduduk orang laut Okinawa, mereka menggelarnya umi-budō (海ぶどう), "anggur laut".

Penanaman latok secara komersil dimulakan di Pulau Mactan, Cebu, tengah Filipina pada tahun 1950-an[10] di mana hasil tuaian telah dipasarkan di sekitar Cebu dan Manila. Terdapat kira-kira 400 hektar luas kolam di Pulau Mactan untuk menjalankan penternakan rumpai laut anggur, hasilnya 12-15 tan latok per hektar berjaya dituai setiap dua bulan setahun.[5] Penuaian komersil ini turut tersebar di Okinawa pada tahun 1986.[11]

Latok mempunyai beberapa khasiatnya seperti vitamin C, kalium, kalsium, iodin, protein dan asid lemak tidak tepu.[12]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dawes, Clinton J. (1998). Marine botany. New York: John Wiley. ISBN 0-471-19208-2.
  2. ^ Paul, Nicholas A.; Neveux, Nicolas; Magnusson, Marie; de Nys, Rocky (21 December 2013). "Comparative production and nutritional value of "sea grapes" — the tropical green seaweeds Caulerpa lentillifera and C. racemosa". Journal of Applied Phycology. doi:10.1007/s10811-013-0227-9. S2CID 15745994.
  3. ^ "Latok". Pemetaan Budaya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  4. ^ Wagey, Billy T; Bucol, Abner A (25 February 2014). "A Brief Note of Lato (Caulerpa racemosa) Harvest at Solong-on, Siquijor, Philippines". e-Journal BUDIDAYA PERAIRAN. 2 (1). doi:10.35800/bdp.2.1.2014.3793.
  5. ^ a b Dela Cruz, Rita T. "Lato: Nutritious Grapes from the Sea". BAR Digest. Bureau of Agricultural Research, Republic of the Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-16. Dicapai pada 26 October 2020.
  6. ^ "5 Makanan Tradisional Kaum Bajau Di Sabah Yang Mungkin Anda Suka". Sabah Post. 30 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  7. ^ Zainul, Mohd Nazllie (18 Mei 2018). "'Anggur laut' tarik pengunjung bazar Ramadan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  8. ^ Khairain, Aisya (26 Mac 2019). "Dapatkan Hidangan Tradisi Sabah Yang Asli & Murah Di SS19 Ini. Memang Puas Hati!". says.com. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  9. ^ Khir Johari (Oktober 2021). "The Role of Foraging in Malay Cuisine". BiblioAsia (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Singapura. Dicapai pada 10 November 2021.
  10. ^ Trono, Gavino C., Jr. (December 1988). Manual on Seaweed Culture. ASEAN/UNDP/FAO Regional Small-Scale Coastal Fisheries Development Project.
  11. ^ Trono, G.C., Jr. "Caulerpa lentillifera (PROSEA)". Pl@ntUse. PROSEA (Plant Resources of South East Asia). Dicapai pada 26 October 2020.
  12. ^ Julie Roshana Shafee (21 September 2020). "Ada Apa Dalam Latok @ Anggur Laut?". Mingguan Wanita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-30. Dicapai pada 30 November 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]