Bekas premis Laugh-O-Gram Studio di Bandaraya Kansas. | |
Jenis/bentuk sah | Studio filem, studio animasi |
---|---|
Industri | Studio filem |
Ditubuhkan | 1922 |
Pengasas | Walt Disney |
Dibubarkan | 1923 |
Nasib | Muflis |
Pengganti | The Walt Disney Company |
Ibu pejabat | Kansas City, Missouri 39°04′13″N 94°34′12″W / 39.070362°N 94.56994°WKoordinat: 39°04′13″N 94°34′12″W / 39.070362°N 94.56994°W |
Tokoh penting | Walt Disney |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Laugh-O-Gram Studio ialah sebuah bekas studio perfileman yang terletak di tingkat dua Bangunan McConahay Building di alamat 1127 East 31st di Bandaraya Kansas, Missouri.
Studio ini memainkan peranan dalam zaman terawal industri animasi, sebagai tempat lahirnya ramai pelopor animasi yang dibawa ke situ oleh Walt Disney, dan juga tempat yang dikatakan memberikan ilham kepada Disney untuk mereka watak Mickey Mouse.
Pada Mei 1922, Disney menubuhkan Laugh-O-Gram Films dengan modal sebanyak $15,000. Syarikat ini menerima kontrak bernilai $11,000 untuk menerbitkan enam filem cerita dongeng untuk Pictorial Clubs, Inc. yang menjadi muflis; filem cerita dongeng ketujuh dijual kepada pihak Pictorial secara berasingan. Antara para pekerja Disney yang mengusahakan siri ini menjadi pelopor animasi, termasuk Ub Iwerks, Hugh Harman, Rudolph Ising, Carmen Maxwell, dan Friz Freleng.
Syarikat imi berdepan dengan kesukaran mencari rezeki; pada akhir tahun 1922, Disney berumah dalam pejabat, dan hanya mandi sekali seminggu di Stesen Union.
Thomas McCrum, seorang doktor gigi dari Bandaraya Kansas menyelamatkan Disney daripada kejatuhan diri dengan menempah Disney dengan tawaran $500 untuk pembikinan Tommy Tucker's Tooth[1][2], filem pendek yang memupuk kebaikan memberus gigi.[3]
Setelah menghasilkan filem pendek terakhir, iaitu Alice Comedies yang menggabungkan lakonan hidup dan animasi, Laugh-O-Gram diisytiharkan muflis pada Julai 1923. Kemudian, Disney berpindah ke Hollywood, California, dengan menjual kamera filem miliknya, untuk duit yang cukup untuk tambang keretapi sehala, dan membawa bersamanya gelungan filem Alice's Wonderland yang belum siap.
Dalam beberapa temuramah lama kemudian, Disney memberitahu bahawa beliau diilhamkan oleh seekor tikus jinak di mejanya di Laugh-O-Gram untuk melukis Mickey.
Pada tahun 1928, ketika menaiki keretapi ke New York, Disney menunjukkan lukisannya kepada isterinya Lillian Marie Bounds dan meluahkan hasratnya untuk menamakan watak dalam lukisan itu sebagai "Mortimer Mouse." Lilian mengulas bunyinya "terlalu keperempuanan" dan mencadangkan pula nama Mickey Mouse.[4]