Lebuhraya Kajang–Seremban

Lebuhraya E21
Lebuhraya Kajang–Seremban
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Lebuhraya Kajang–Seremban Sdn. Bhd. (Lekas)
Panjang44.3 km (27.5 mi)
Wujud2002–kini
SejarahMula dibina pada tahun 2006–2010, siap sepenuhnya tahun 2010
Simpang utama
Hujung utaraPersimpangan Kajang Perdana,
Kajang, Selangor
Persimpangan utamaJalan Pintasan Kajang
Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Lebuhraya Penyuraian Trafik Kajang
LP 1 Laluan Persekutuan 1
LP 3265 Jalan Nilai-Pajam
LP 86 Laluan Persekutuan 86
LP 51 Laluan Persekutuan 51
LP 97 Jalan Seremban-Paroi
Hujung selatanPersimpangan Paroi,
Seremban, Negeri Sembilan
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Lumpur, Cheras, Semenyih, Pajam, Nilai, Mantin, Temiang, Sikamat, Kuala Klawang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Kajang–Seremban (E21) atau LEKAS merupakan lebuh raya tol sepanjang 48.5 kilometer dari Kajang ke Seremban yang diberi konsesi kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat IJM Corporation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur dan Seremban (E2) menyebabkan sebuah lagi lebuh raya diperlukan pada tahun 1998.

Berikutan itu Kerajaan Malaysia memberi hak konsesi secara pakej kepada syarikat baru iaitu KASEH Sdn. Bhd. pada Julai 1997 untuk tempoh konsesi selama 33 tahun.

Cadangan projek ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya dari Kajang ke Seremban. Lebuh raya ini bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang‎ dan Lebuh raya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur. Terlalu ramai penduduk Seremban yang bekerja setiap hari di Kuala Lumpur. Kesesakan memuncak di Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

Sebahagian lebuh raya ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya baru dari Kajang hingga ke Seremban melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Nilai dan Mantin. Ia bermula dari Persimpangan Bertingkat `clover-leaf' dengan Lebuhraya Lingkaran Kajang dan Jalan Pintasan Kajang dan menuju ke selatan hingga berakhir di Jalan Persekutuan FT 51 sejauh 5 km dari Bandar Seremban. Keseluruhan jarak lebuh raya ini adalah sepanjang 46 km.

Sebanyak sembilan (9) buah Persimpangan Bertingkat akan dibina di sepanjang lebuh raya ini seperti yang berikut:

  1. Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan
  2. Persimpangan Bertingkat Semenyih
  3. Persimpangan Bertingkat Eco Majestic
  4. Persimpangan Bertingkat Pajam
  5. Persimpangan Bertingkat Mantin
  6. Persimpangan Bertingkat Setul
  7. Persimpangan Bertingkat Ulu Temiang (tiada bayaran tol dikenakan)
  8. Persimpangan Bertingkat Ampangan
  9. Persimpangan Bertingkat Paroi (tiada bayaran tol dikenakan)

Pada dasarnya lebuh raya ini beroperasi secara Sistem Tol Tertutup antara Kajang Selatan sehingga Setul manakala di antara Persimpangan Bertingkat Setul dan Persimpangan Bertingkat Ampangan yang dikendalikan secara Sistem Tol Terbuka.

Sebanyak 6 buah plaza tol (termasuklah Plaza Tol Kajang Selatan dan Plaza Tol Setul) didirikan di setiap persimpangan bertingkat bagi jajaran yang akan dikendalikan secara Sistem Tol Tertutup, manakala sebuah plaza tol didirikan di Persimpangan Bertingkat Ampangan bagi sistem tol terbuka.

Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna-pengguna yang menuju ke selatan selain daripada Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban dan Lebuhraya Persekutuan sedia ada. Ia juga diharap dapat menjana pembangunan di kawasan persekitarannya khususnya di Nilai, Semenyih, Beranang, Mantin, Pajam dan Batang Benar.

Kemajuan projek

[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan jajaran lebuh raya ini siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Kadar tol

[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) dibuka secara rasminya pada 22 Ogos 2008. Bayaran tol mula dikenakana pada hari Ahad, 4 Oktober 2008.Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Mohamad Razali Othman menyatakan lebuh raya 18.20 km mempunyai 3 plaza tol iaitu di Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin dan Setul. Bayaran tol antara RM0.80 sen hingga RM5.60 bergantung kepada kelas kenderaan.[1]

  1. ^ "Kutipan Tol Lebuhraya Kajang–Seremban Bermula Ahad Ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-09-29.