Onde-onde | |
---|---|
Nama alternatif |
|
Jenis | Snek |
Tempat asal | Jawa[1][2] |
Dicipta oleh | orang Jawa dan orang Sunda |
Bahan utama | tepung pulut, gula melaka, kelapa parut |
Bahan yang biasa digunakan | Tepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa |
Cara penyediaan | Merebus |
sunting · sunting di Wikidata |
Onde-onde (Jawi: اوندي٢ , Sum., Sem. Mel., atau dieja ondeh-ondeh Jawi: اونديه٢ Sg.), klepon (Jawi: كليڤون , Jw.), buah melaka (Jawi: بواه ملاك ) atau kuih pancit (Jawi: کوءيه ڤنچيت , Br.) ialah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei[3], Indonesia,[4] Malaysia[5] dan Singapura.[6] Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan[7] direbus sebelum disaluti kelapa parut.[8]
Berdasarkan sumber sejarah,[nyatakan menurut siapa?] kuih ini berasal dari masakan masyarakat pulau Jawa,[1][2] dalam rantau kepulauan Indonesia kini. Warnanya hijau ketika dibumbui dengan pasta yang terbuat dari pandan atau pohon naga, daunnya banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Klepon bermaksud ovari haiwan, bahan yang digunakan sedikit berbeza iaitu penambahan daun suji, tepung ubi dan menggunakan gula Aren iaitu gula orang Jawa. Istilah yang mereka gunakan sangat berbeza dengan perkataan Buah melaka dan Onde-onde yang secara fizikalnya nyata.
Kuih ini telah pun dicipta sebelum zaman penjajah, selepas kota Melaka dibuka oleh Parameswara, pokok melaka menjadi kebanggaan penduduk Melaka sehingga hari ini[9].
Buah melaka (Kuih) diilhamkan daripada pokok buah Melaka iaitu (Phyllanthus emblica) spesies daripada keluarga Gooseberry. Kuih ini berasaskan tepung pulut, daun pandan, gula melaka dan kelapa parut serta garam. Salah satu bahan masakan masyarakat Melaka ialah gula Melaka, gula ini mempunyai kepekatan yang tinggi di Malaysia berbanding gula nise atau gula kabung. Itulah sebabnya Buah melaka (Kuih) mendapat namanya daripada rupa buah melaka dan gabungan gula melaka. Pencuci mulut ini terkenal di kalangan Cina Peranakan dan India Peranakan di Malaysia iaitu Baba Nyonya[10] dan Chetty,Melaka. Selain dikenali sebagai Buah melaka (Kuih), ia juga dipanggil Onde-onde yang berasal daripada perkataan Portugis Onde-oande bermaksud di mana-mana dalam dimana-mana [11]
Kemungkinan apabila Portugis tiba di Kota Melaka, mereka makan Buah melaka (Kuih) dan menjumpai pokok-pokok melaka di merata-rata, lalu mereka menamakannya Onde-onde [12].
Di Singapura panggil Ondeh-ondeh setiap perkataan antara e atau perkataan terakhir e mereka akan menambah huruf H. Manakala di Brunei panggil Kuih pancit sebab bila dimakan gula akan terpercik.
Di Kelantan mereka memanggilnya Onde-onde atau Kekohcar, mereka tidak menggunakan gula melaka, mereka mempunyai gula sendiri iaitu gula nise nise sugar yang menjadi kebanggaan orang Kelantan.
Di Sumatera dan Sulawesi mereka juga memanggilnya Onde-onde, mereka menggunakan gula merah atau gula saka. Selepas Portugis tiba di Melaka, mereka pergi ke Sumatera dan Sulawesi, kemungkinan Onde-onde disebarkan oleh tentera Portugis. Kesultanan Melaka juga sangat dekat dengan Kerajaan Pasai di Sumatera dan Kesultanan Maluku di Sulawesi pada abad ke-15 hingga ke-17 [13][14].
Dohnya diperbuat daripada tepung pulut yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.[2]
Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.
Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.
Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Onde-onde. |