Nama asli | 大塚製薬株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Ōtsuka Seiyaku Kabushiki-gaisha |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam KK |
Didagangkan sebagai | TYO: 4578 Komponen TOPIX 100 |
ISIN | JP3188220002 |
Industri | Perubatan |
Ditubuhkan | 1921 (penubuhan awal), 1964 (badan sah kini) |
Pengasas | Busaburo Otsuka |
Ibu pejabat | Chiyoda, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Tatsuo Higuchi (Presiden) |
Hasil | ¥ 531,2 bilion (2017) |
Pendapatan kendalian | ¥ 57,0 bilion (2017) |
Pemilik | Nomura Trust and Banking (11,43%) dan sejumlah bank lain |
Bilangan kakitangan | 5.634 (2017) |
Syarikat induk | Otsuka Holdings Co. Ltd |
Anak syarikat | Otsuka (United Kingdom), Otsuka (United States), Otsuka (Indonesia), Daiya, Otsuka Pharmaceutical Factory, Astex Pharmaceuticals, Astex Therapeutics |
Tapak web | otsuka.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Otsuka Pharmaceutical Co., Ltd. (大塚製薬株式会社 , Ōtsuka Seiyaku Kabushiki-gaisha) (TYO: 4578 ), disingkat OPC, ialah sebuah syarikat farmaseutikal Jepun yang beribu pejabat di Tokyo, Osaka, dan Naruto, Jepun, ditubuhkan pada 10 Ogos 1964.
Syarikat induk OPC, Otsuka Holdings Co. Ltd. tersenarai di Bursa Saham Tokyo melalui penawaran awam awal pada 15 Disember 2010. Pada saat itu, Otsuka Holdings merupakan pengeluar dengan penjualan terbesar kedua di Jepun, di bawah Takeda Pharmaceutical Company.[1] Penawaran awam awal itu berjaya mengumpulkan dana sebanyak $2,4 bilion, sehingga menjadikannya penawaran awam awal terbesar untuk sebuah syarikat farmaseutikal sejak itu.[1]
Pada tahun 1955, syarikat ini menubuhkan sebuah kelab bola sepak dengan nama "Otsuka Pharmaceutical SC." Pada tahun 2005, nama kelab tersebut ditukar kepada Tokushima Vortis. Kelab itu berpangkalan di Naruto.[2]
Pada tahun 2008, Otsuka Pharmaceutical Co. memperolehi 49% saham Alma S.A., yang merupakan induk dari CG Roxane.[3]
Pada Mac 2017, syarikat ini bersetuju untuk memperolehi Neurovance, Inc. dengan harga $250 juta, sehingga Otsuka dapat memperoleh ubat ADHD fasa III, sentanafadin (sebelumnya EB-1020) yang dibangunkan oleh Neurovance. Anak syarikat Otsuka, Otsuka America akan membayar wang sebanyak $100 juta untuk Neurovance. Setelah dibeli, Neurovance tetap beroperasi sebagai anak syarikat Otsuka.[4]
Pada Julai 2017, Otsuka membeli Daiya.[5]
Pada Julai 2018, Otsuka bersetuju untuk memperolehi Visterra dengan harga $430 juta.[6]
Pada tahun 1990, Otsuka Holdings Co. Ltd. memperolehi Crystal Geyser Water Company. [9]
Pada awal 2012, Otsuka mengumumkan bahwaa mereka akan memfokuskan "perniagaannya di masa depan dalam bidang onkologi dan kelainan sistem saraf pusat".[10] Keputusan ini mendorong adanya rombakan pada perjanjiannya dengan UCB untuk mengakhiri kolaborasi mereka pada produk imunologi, namun tetap meneruskan kolaborasi dalam bidang sistem saraf pusat.[11]
Pada September 2013, Otsuka Holdings memperolehi Astex Pharmaceuticals dengan harga hampir $900 juta.[12]
Pada Disember 2014, Otsuka Holdings membeli Avanir Pharmaceuticals dengan harga $3,54 bilion.[13]
Pada Julai 2018, Otsuka Holdings memperolehi ReCor Medical, Inc,.[14]