Paka dibuka oleh Tuan Ismail Bin Bating Awang sekitar tahun 1800 dan terletak di Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Paka ialah Kerteh, Marang, Tanjong Jara, Kampung Labohan, Merchang dan lain-lain. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629 m) dan Gunung Ulu Bakar (1391 m). Pantai Paka yang berkelok menghadap Laut China Selatan. Terdapat perkampungan nelayan di sepanjang pantai Paka.
Paka pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Penduduk Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk.
Stesen Janakuasa Sultan Ismail, stesen janakuasa gas terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional.
MERUPAKAN JALAN UTAMA DARI PANTAI TIMUR KE KUALA LUMPUR.
Terdapat persekitaran yang menarik dan tenang.juga terdapat pelbagai kedai-kedai barangan harian dan [outdoors]