Parti Bumi Kenyalang Land of the Hornbill Party 肯雅兰全民党 | |
---|---|
Pemimpin | Voon Lee Shan |
Ibu pejabat | Bintulu, Sarawak (ibu pejabat utama) Kuching, Sarawak (ibu pejabat baru) |
Akhbar | • Warta Kenyalang • Kenyalang Gazette |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBK |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBK |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Semangat kenegerian Radikalisme negeri Penyatuan semua kaum Penyatuan semua agama Membanteras rasuah Demokrasi sosial negeri Kebajikan rakyat Sarawak Hak bangsa Dayak Hak bangsa Cina Hak agama Kristian Hak agama Buddha Hal ehwal ekonomi negeri Kemerdekaan Sarawak |
Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Gagasan Anak Sarawak (2018–2022) • Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–2023) |
Warna | Emas, Merah, Hitam |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat (Sarawak): | 0 / 31 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 |
Laman sesawang | |
Party Bumi Kenyalang Official Facebook | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Bumi Kenyalang (PBK) adalah sebuah parti politik berhaluan kanan yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 2013 dan berpusat di Bintulu dan juga di Kuching. Parti politik ini masih berkhidmat secara aktif di seluruh negeri Sarawak. Dan parti politik ini juga didominasi oleh semua golongan masyarakat dari pelbagai kaum di Sarawak.[1]
Parti politik ini ditubuhkan oleh golongan profesional, para pemimpin tempatan, serta golongan ahli politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa, dan umur di Sarawak. Mereka juga turut memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat Sarawak demi mencapai keadilan, keseimbangan ekonomi, dan peluang dalam sistem sedia ada dengan mewujudkan satu masyarakat makmur, stabil dan saksama sekali gus memperjuangkan sepenuhnya hak-hak rakyat Sarawak.
Kini Parti Bumi Kenyalang merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak yang bebas, berintegriti dan mampu mendapat sokongan yang amat baik di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak.