| ||
4 daripada 13 Dewan Undangan Negeri | ||
---|---|---|
| ||
Keputusan: Barisan Nasional peroleh Perikatan Nasional peroleh Dewan tergantung Tiada pilihan raya |
Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2022 bermula di Johor pada Mac 2022 selepas pembubaran dewan undangan negeri pada Januari 2022[1]. Pada 10 Oktober 2022, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat yang membawa kepada pilihan raya umum ke-15[2], dan mencadangkan semua negeri kecuali Johor, Melaka, Sarawak & Sabah untuk turut sama membubarkan dewan undangan masing-masing.
Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan dewan undangan negeri di negeri yang diterajui BN iaitu Perlis, Pahang dan Perak akan dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.[3]
Pada 14 Oktober 2022, Dewan Undangan Negeri Perlis dan Pahang dibubarkan[4][5], diikuti Perak pada 17 Oktober 2022[6].