Samochód pancerny wz. 34

Samochód pancerny wz. 34
Replika kereta berperisai 34 berdasarkan pembinaan GAZ 69
JenisKereta berperisai tentera
Tempat asal Poland
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1934-1939
PerangPenjajahan Poland (1939)
Sejarah pengeluaran
Direka1928
Spesifikasi

Senjata
pertama
mesingan wz. 25 Hotchkiss 7.92 mm atau meriam 37 mm SA-18 Puteaux
Enjingasoline
Sistem ampaianroda

Samochód pancerny wz. 34 ("pola kenderaan berperisai 1934"), merupakan kenderaan berperisai tentera ringan piwai yang digunakan oleh Tentera Poland semasa Kempen September tahun 1939.

Kenderaan separuh berantai asal berasaskan samochód pancerny wz. 28 awal dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1928. Kenderaan asal terbukti tidak popular dengan krewnya kerana kesukaran pengendaliannya, kelajuan maksima rendah dan juga keupayaan merentas desa rendah dan keputusan kemudian dibuat bagi membinanya semula sebagai kenderaan beroda. Versi baru kenderaan berperisai memasuki perkhidmatan pada tahun 1934.

Kenderaan ini dibina dalam sejumlah versi dengan enjin berbeza dan kepingan perisai yang berlainan sedikit. Ia dilengkapi senjata dengan samaada mesingan Hotchkiss M1914 (karabin maszynowy Hotchkiss wz.25) yang dihasilkan Poland atau meriam 37 mm SA-18 Puteaux laras pendek.

Pada tahun 1939 semasa meletusnya Perang Dunia Kedua kenderaan ini dianggap lapuk tetapi masih digunakan oleh sesetengah unit peninjau.