Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin SSAP, DIMP (Pahang) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Kuala Sentul | |
Dalam jawatan 2008 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Rosni Zahari (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Jasri Jamaludin |
Majoriti | 5,420 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1970-01-05) 5 Januari 1970 (umur 54) Mentakab, Pahang |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Anan Muhammad |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Pahang (2013-2018) dan mantan ADUN Kuala Sentul selama tiga penggal (2008-2022). Di peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Maran[1].
Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Sekara, Chenor, Pahang. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, beliau diterima belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Seterusnya belajar di Kolej Islam Klang. Setelah menamatkan pengajian martikulasi undang-undang di UKM, Bangi, diterima sebagai pelajar di fakulti undang-undang di UKM, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Kelas Dua Atas pada 1993.
Shahaniza Samsuddin diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 9 April 1994 dan pada tahun berikutnya memperolehi Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Pahang.
Bakat kepimpinan dan pendidikan yang diterimanya membolehkan beliau terlibat dalam Puteri UMNO sejak awal penubuhan dan merupakan Ketua Puteri UMNO Pahang yang pertama sehingga 2004. Kini dilantik sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding untuk kerusi N25 DUN Kuala Sentul, Pahang dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5420 undi dengan mengalahkan lawan Bostamin Bakar (PKR) (2723 undi).
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang 2018–2022 | |
---|---|
Menteri Besar | |
Eksekutif Negeri |
Parti komponen Barisan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||