Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Timbalan Menteri Pelancongan
Dalam jawatan
2008–2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Azalina Othman Said
Didahului oleh Donald Lim Siang Chai
Digantikan oleh James Dawos Mamit
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Samarahan
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Abdul Taib Mahmud
Digantikan oleh Rubiah Wang
Maklumat peribadi
Lahir (1968-05-31) 31 Mei 1968 (umur 56)
Parti politik
Ibu bapaTun Abdul Taib Mahmud
Toh Puan Laila Taib
PekerjaanAhli perniagaan, Ahli politik

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib (lahir 31 Mei 1968) merupakan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

Sulaiman menerajui syarikat milik keluarganya, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS). Beliau juga merupakan bekas pengerusi RHB Capital - cawangan pembankan RHB, yang pernah dimilik oleh CMS.

Sulaiman menggantikan bapanya sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di kerusi parlimen Samarahan. Setelah menang, beliau dilantik sebagai timbalan menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pilihan raya Malaysia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman B Abdul Taib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Samarahan , negeri Sarawak. Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman B Abdul Taib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15559.

Calon lawan ialah Awang Bakar Bin Awang Daud dari (Bebas) mendapat 898 undi .Hussain Bin Abang Apok dari PKR mendapat 4,148 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.14%. Undi rosak sebanyak 449.


Hasrat letak jawatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Disember 2009, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Sulaiman ada menyatakan hasrat meletakkan jawatan atas alasan kesihatan. Setakat ini Kabinet belum membuat sebarang keputusan , belum berbincang dengan BN Sarawak. Sulaiman selaku timbalan menteri diberi tugas membantu Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen mempromosikan destinasi perlancongan di Malaysia termasuk di Sarawak .Sebelum ini Menteri Perlancongan ialah Datuk Seri Azalina Othman Said. Bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Datuk Idris Jala turut dilantik sebagai menteri penuh - melangkaui ahli parlimen Sabah dan Sarawak.[1] Akhbar internet The Malaysian Insider melaporkan Perdana Menteri akan berhubung dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Layanan kerajaan persekutuan terhadap Sarawak turut berbangkit.[2] Agendadaily melaporkan beliau sudah lama tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung pada Disember 2009. Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan rasmi daripada Sulaiman.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]