YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
YTM Tengku Mahkota |
YAM Tengku Maharani Putri
|
YBM Tengku Laksamana
|
YBM Tengku Temenggong
|
YBM Tengku Sri Kelana D’Raja |
YBM Tengku Kaya Perkasa |
YBM Tengku Keso’ma Mastika |
Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949 - 28 September 2019) merupakan Al-Sultan Kelantan Ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada hari Jumaat 11 November 1949 bersamaan dengan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera tunggal dan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Baginda membesar bersama empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mendapat pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas Bahasa Inggeris.
Baginda dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Sains Politik dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002.
Pada tahun 1968, Sultan Ismail Petra menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan sebagai pegawai dan berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk tempoh setahun. Baginda kemudiannya bekerja di Pejabat Tanah dan Daerah di Kota Bharu. Pada masa ini, baginda memperoleh pengalaman yang luas dan pengetahuan yang luas dalam semua bidang pentadbiran.
Sultan Ismail Petra telah berkahwin dengan Raja Perempuan Kelatan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada tanggal 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu dan Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan yang turun temurun.
Baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata dengan Tengku Anis iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.
Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.
Sultan Ismail Petra juga mempunyai isteri kedua, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad, yang dinikahinya pada 23 Disember 2007.[1] Dilaporkan bahawa Sultan Ismail Petra telah memfailkan permohonan untuk pengesahan perceraiannya daripada isteri keduanya di Mahkamah Tinggi Syariah pada 9 Mac 2010. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan oleh Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya pada 30 Mac 2011.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yanya Petra telah dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh Almarhum ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sewaktu Baginda mencapai usia 18 tahun, dan ditabalkan sebagai YTM Tengku Mahkota sempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan Baginda Sultan Yahya Petra yang ke-58 pada tahun 1968.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada 29 Mac 1979. Pada 30 Mac 1980, Sultan Ismail Petra yang ketika itu berusia 31 tahun telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghaffar.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda tidak dapat menjalankan daripada tugas mentadbir negeri menyebabkan anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra naik tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baharu menggantikan baginda.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009. Kerajaan negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda. Panel pakar memutuskan baginda masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas memerintah negeri.
Pada 25 Mei 2009, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun pada 13 September 2010, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat pada pukul 8:11 pagi, hari Sabtu 28 September 2019 dalam usia 69 tahun, di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu disebabkan oleh serangan jantung. Baginda dimakamkan berhampiran makam ayahanda Baginda, Sultan Yahya Petra di Makam Diraja Langgar, berdekatan dengan Masjid Langgar di Kota Bharu, Kelantan.
Perdana Menteri Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Sultan Ismail Petra.[2] Beliau berkata, Almarhum gering sejak sekian lama dan tidak dapat menjalankan tugas yang diambil alih oleh anakanda Baginda.
Tetapi semasa Almarhum menjadi raja, saya ada hubungan yang baik dengan baginda. Saya dapati baginda seorang yang cukup tertib dan mudah untuk bekerjasama.
— Mahathir Mohamad[3]
Keturunan Sultan Ismail Petra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Baginda telah dianugerahkan:[5]
Penyandang Terdahulu | Sultan Kelantan | Penyandang Kemudian |
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim | Sultan Muhmmad V |